http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com
PASAL 1 - MAKNA TAUHID ULUHIYAH DAN PEMBUKTIAN BAHAWA IA MERUPAKAN DASAR DAKWAH PARA RASUL
Uluhiyah adalah ibadah. Tauhid Uluhiyah adalah mengesakan Allah dengan perbuatan para hamba berdasarkan niat taqarrub yang disyari’atkan seperti doa, nadzar, korban, raja’ (pengharapan), takut, tawakkal, raghbah (senang), rahbah (takut), dan inabah (kembali / taubat). Dan konsep ketauhidan ini adalah merupakan intipati dakwah para rasul, bermula dari rasul yang pertama sehinggalah yang terakhir. Allah s.w.t. berfirman:
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلالَةُ فَسِيرُوا فِي الأرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula Yang berhak ditimpa kesesatan. oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah Bagaimana buruknya kesudahan umat-umat Yang mendustakan Rasul-rasulNya. (an-Nahl (16): 36)
وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُولٍ إِلا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلا أَنَا فَاعْبُدُونِ
Dan Kami tidak mengutus sebelummu (Wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa Sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, Beribadatlah kamu kepadaku". (al-Anbiya’ (21): 25)
Setiap Rasul melalui dan membawa dakwahnya dengan perintah seruan ke arah konsep tauhid uluhiyah. Sebagaimana yang diucapkan oleh Nabi Nuh, Hud, Shalih, Syu’aib, dan lain-lain:
يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ
"Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain Nya" (al-A’raaf (7): 59, 65, 73, 85)
وَإِبْرَاهِيمَ إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاتَّقُوهُ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ibrahim, ketika ia berkata kepada kaumnya: "Sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadanya; Yang demikian itu adalah baik bagi kamu jika kamu tahu (membezakan Yang baik dari Yang buruk). (al-Ankabut (29): 16)
Dan diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w.:
قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ اللَّهَ مُخْلِصًا لَهُ الدِّينَ
Katakanlah lagi (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku diperintahkan supaya menyembah Allah Dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadanya; (az-Zumar (39): 11)
Rasulullah s.a.w. sendiri bersabda:
أمرت أن أقاتل الناس حتىيشهدوا أن لاإله إلا الله وأن محمدا رسول الله
“Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sampai mereka bersaksi bahawa tiada ilah (sembahan) yang haq kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasulullah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kewajiban awal bagi setiap mukallaf adalah bersaksi laa ilaaha illallah (tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan allah), serta mengamalkannya. Allah s.w.t. berfirman:
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ
Oleh itu, maka Tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (Wahai Muhammad) Bahawa Sesungguhnya tiada Tuhan Yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadanya bagi salah silap Yang Engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang Yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di Akhirat). (Muhammad (47): 19)
Dan merupakan kewajiban yang pertama bagi orang-orang yang ingin menganut Islam adalah mengikrarkan dua kalimah syahadat.
Jadi, jelaslah bahawa Tauhid uluhiyah adalah maksud atau intipati utama dari dakwah para rasul yang diutuskan. Dikatakan sedemikian adalah kerana uluhiyah adalah sifat Allah yang ditunjukkan oleh nama-Nya, “Allah”, yang ertinya dzul uluhiyah (yang memiliki uluhiyah).
Juga disebut “tauhid ibadah”, kerana ubudiyah adalah sifat ‘abd (hamba) yang wajib menyembah Allah secara ikhlas, kerana ktergantungan mereka kepadanya.
Sheikhul Islam Ibnu Taimiyah menyatakan, “Ketahuilah, keperluan seorang hamba untuk menyembah Allah tanpa menyekutukan-Nya denga sesuatu apa pun, tidak memiliki bandingan yang dapat dikiankan, tetapi dari sebahagian sudut mirip dengan keperluan jasad kepada makanan dan minuman. Akan tetapi di antara keduanya ini terdapat perbezaan mendasar. Kerana hakikat seorang hamba adalah hati dan ruhnya, ia tidak boleh bergantung melainkan kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan-Nya. Ia tidak mampu beroleh ketenangan di dunia ini kecuali dengan mengingati-Nya. Seandainya hamba memperoleh kenikmatan dan kesenangan tanpa Allah, maka hal itu tidak akan berlangsung atau berkekalan lama, tetapi pasti akan berpindah-pindah dari suatu subjek kepada subjek yang lainnya. Adapun Tuhannya maka Dia diperlukan setiap saat dan setiap waktu, di mana pun ia berada maka dia selalu bersamanya.” (Majmu’ Fatawa, 1/24)
Tauhid ini adalah inti dari dakwah para rasul, kerana ia adalah asas dan dasar perlaksanaan segala amalan. Tanpa merealisasikannya, semua amal ibadah tidak akan diterima. Kerana andainya ia tidak wujud, maka akan bangkitlah lawannya, iaitu kesyirikan. Sedangkan Allah s.w.t. berfirman:
إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa Yang lain dari itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), maka Sesungguhnya ia telah melakukan dosa Yang besar. (an-Nisa’ (4): 48)
إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلالا بَعِيدًا
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang Yang mempersekutukanNya Dengan sesuatu (Apa jua), dan akan mengampunkan Yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu (Apa jua), maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang amat jauh. (an-Nisa’ (4): 116)
وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Dan Sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi. (az-Zumar (39): 65)
Dan skop tauhid ini adalah kewajiban pertama seluruh hamba. Allah s.w.t. berfirman:
وَقَضَى رَبُّكَ أَلا تَعْبُدُوا إِلا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاهُمَا فَلا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلا كَرِيمًا
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa sebaik-baiknya... (al-Isra’ (17): 23)
قُلْ تَعَالَوْا أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْ أَلا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَلا تَقْتُلُوا أَوْلادَكُمْ مِنْ إِمْلاقٍ نَحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ وَلا تَقْرَبُوا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَلا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلا بِالْحَقِّ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ
Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan Allah dengan sesuatu apa pun; dan hendaklah (kamu) berbuat baik kepada ibu bapa... (al-An’am (6): 151)
PASAL 2 - MAKNA SYAHADATAIN, RUKUN, SYARAT, KONSEKUENSI DAN YANG MEMBATALKANNYA
Makna Syahadat (لاإله إلا الله) – Laa ilaaha illallah
Iaitu iktiqad dan berikrar mengakui bahawasanya tidak ada yang berhak disembah dan menerima ibadah kecuali Allah s.w.t., mentaati hal tersebut dan mengamalkannya. La ilaaha (لاإله) menafikan hak penyembahan terhadap yang lain dari Allah, siapa pun subjeknya. Illallah (إلا الله) adalah penetapan hak ke atas Allah semata-mata untuk disembah.
Jadi, makna kalimat ini secara ijmal (global dan universal) adalah, “Tidak ada sembahan yang hak selain Allah”. Khabar “لا” harus (wajib) ditaqdirkan “بحق” (dengan hak), dan tidak boleh ditaqdirkan dengan “موخود” (ada). Kerana ini menyalahi kenyataan yang ada, sebab tuhan yang disembah (objek yang dianggap sebagai tuhan) selain Allah banyak sekali. Hal itu akan membawa erti menyembah tuhan-tuhan tersebut adalah ibadah pula untuk Allah. Ini pastinya mewujudkan kebatilan yang nyata.
Kalimat “لاإله إلا الله” telah ditafsirkan dengan beberapa penafsiran yang batil, di antaranya adalah:
1 – “لاإله إلا الله” diertikan dengan:
“Tidak ada sembahan kecuali Allah”. Ini adalah batil, kerana akan membawa kepada makna: Sesungguhnya setiap yang disembah, samaada yang hak mahupun batil, itu adalah Allah.
2 – “لاإله إلا الله” diertikan dengan:
“Tidak ada pencipta selain Allah”. Ini adalah sebahagian dari erti kalimat tersebut. Akan tetapi bukan ini yang dimaksudkan, kerana erti ini hanya mengakui tauhid rububiyah sahaja, dan itu sama sekali belum (tidak) mencukupi.
3 – “لاإله إلا الله” diertikan dengan:
“Tidak ada hakim (penentu hukum) selain Allah”. Ini juga sebahagian dari makna kalimat “لاإله إلا الله”. Tetapi bukan itu yang dimaksudkan, kerana ia juga tidak mencukupi dan tidak membawa maksud yang sempurna.
Semua tafsiran di atas adalah batil atau kurang. Kami memperingatkan di sini kerana tafsir-tafsir itu ada terkandung di dalam kitab-kitab yang banyak tersebar. Sednagkan tafsir yang benar menurut salaf dan para muhaqqiq (ulama peneliti) “لا معبود بحق إلاالله” tidak ada sembahan yang hak selain Allah, seperti tersebut di atas.
Makna syahadat (أن محمدا رسول الله) – anna muhammadar rasulullah
Iaitu mengakui secara lahir batin bahawa beliau (Muhammad) adalah hamba Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada manusia secara keseluruhan, serta mengamalkan konsekuensinya (apa yang dibawakannya): mentaati perintahnya, membenarkan ucapannya, menjauhi larangannya, dan tidak menyembah Allah kecuali dengan apa yang disyari’atkan (melakukan ibadat menurut kaedah).
Rukun Syahadatain
Rukun “لاإله إلا الله” – Laa ilaaha illallah
1 – an-Nafyu atau peniadaan: “لاإله” membatalkan syirik dengan segala bentuknya dan mewajibkan kekafiran terhadap segala apa yang disembah selain Allah.
2 – al-Itsbat (penetapan): “إلاالله” menetapkan bahawa tidak ada yang berhak disembah kecuali Allah dan mewajibkan pengamalan (ibadah) sesuai dengan konsekuensinya (apa yang ditetapkan/disyari’atkan).
Makna dua rukun ini banyak disebut di dalam al-Qur’an seperti mana firman-Nya:
لا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (٢٥٦
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana Sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang ingkar kepada taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (al-Baqarah (2): 256)
Firman Allah, “sesiapa yang ingkar kepada thagut” itu adalah makna dari “لاإله” iaitu rukun yang pertama tadi. Sedangkan firman Allah “dan berimanl kepada Allah” adalah makna dari rukun yang kedua “إلاالله”. Begitu juga firman Allah s.w.t. kepada Nabi Ibrahim a.s.:
وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ لأبِيهِ وَقَوْمِهِ إِنَّنِي بَرَاءٌ مِمَّا تَعْبُدُونَ (٢٦)إِلا الَّذِي فَطَرَنِي فَإِنَّهُ سَيَهْدِينِ (٢٧)
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sembah - "Yang lain dari Tuhan Yang menciptakan daku, kerana Sesungguhnya ia tetap memberi hidayah petunjuk kepadaku". (az-Zukhruf (43): 26-27)
Firman Allah s.w.t. “Sesungguhnya aku berlepas diri” iniadalah makna nafyu (peniadaan) dalam seperti mana maksud di rukun yang pertama. Sedangkan perkataan, “yang lain dari Tuhan yang menciptakan daku”, adalah makna itsbat (penetapan) pada rukun kedua.
Rukun Syahadat (أن محمدا رسول الله) –Muhammad Rasulullah
Syahadat ini mempunyai dua rukun, iaitu kalimat “علبده ورسوله” hamba dan utusan-Nya. Dua rukun ini menafikan ifrath (berlebih-lebihan) dan tafrith (meremehkan) pada hak Rasulullah s.a.w.. Beliau adalah hamba dan Rasul-Nya. Beliau adalah makhluk yang paling sempurna dalam dua sifat yang mulia ini.
“العبد” di sini ertinya hamba yang menyembah. Maksudnya, beliau adalah manusia yang diciptakan dari bahan yang sama dengan bahan ciptaan manusia yang lainnya. Juga berlaku atasnya apa yang berlaku atas orang lain. Sebagaimana firman Allah s.w.t.:
قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلا صَالِحًا وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا (١١٠)
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaKu Bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang satu; oleh itu, sesiapa Yang percaya dan berharap akan pertemuan Dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal Yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun Dalam ibadatnya kepada Tuhannya". (al-Kahfi (18): 110)
Beliau hanya memberikan hak ubudiyah kepada Allah dengan sebenar-benarnya, dan kerananya Allah s.w.t. memujinya:
أَلَيْسَ اللَّهُ بِكَافٍ عَبْدَهُ وَيُخَوِّفُونَكَ بِالَّذِينَ مِنْ دُونِهِ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ (٣٦)
Bukankah Allah cukup untuk mengawal dan melindungi hamba-hamba-Nya... (az-zumar (39): 36)
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَى عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجَا (١)
Segala puji terentu bagi Allah Yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu Yang bengkok (terpesong). (al-Kahfi (18): 1)
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّه هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ (١)
Maha suci Allah Yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa... (al-Isra’ (17): 1)
Sedangkan kalimat “rasul” membawa erti, orang yang diutus kepada seluruh manusia dengan misi dakwah kepada allah sebagai basyir (pemberi khabar gembira) dan nadzir (pemberi peringatan).
Persaksian untuk Rasulullah s.a.w. dengan dua sifat ini meniadakan ifrath dan tafrith pada hak Rasulullah s.a.w.. Kerana banyak orang yang mengaku umatnya lalu melebihkan haknya atau mengagungkannya hingga mengangkatnya di atas martabat melebihi darjat seorang manusia sehingga mengibadahinya (menjadikan sembahan) selain dari Allahs.w.t.. Mereka beristighatsah (memohon pertolongan) kepada beliau dalam bentuk doa membelakangkan (mensyirikkan Allah). Juga meminta kepada beliau apa yang tidak sanggup melakukannya selain Allah, seperti memenuhi hajat dan menghilangkan kesulitan. Tetapi di pihak yang lain, terdapat sebahagian kelompok mengingkari kerasulannya atau mengurangi haknya, sehingga ia bergantung kepada pendapat-pendapat yang menyalahi ajarannya, serta memaksakan diri dalam men-takwil-kan hadis-hadis dan hukum-hukumnya.
Syarat-Syarat Syahadatain
Syarat-Syarat “لاإله إلا الله” – Laa ilaaha illallah
Bersaksi dengan “لاإله إلا الله” – Laa ilaaha illallah harus (wajib) dengan tujuh syarat. Tanpa syarat-syarat itu, syahadat tidak akan bermanfaat bagi yang mengucapkannya. Secara global, tujuh syarat itu adalah:
1 – Ilmu, yang menafikan jahil (kebodohan).
2 – Yaqin, yang menafikan syak (keraguan).
3 – Qabul (menerima), yang menafikan radd (penolakan).
4 – Inqiyad (patuh), yang menafikan tark (meninggalkan).
5 – Ikhlas, yang menafikan syirik.
6 – Shidq (jujur), yang menafikan kadzib (dusta).
7 – Mahabbah (kecintaan), yang menafikan baghdha’ (kebencian).
Dan, perinciannya adalah seperti berikut;
Syarat Pertama: Ilmu (Mengetahui)
Ertinya memahami makna dan maksudnya. Mengetahui apa yang ditiadakan dan apa yang ditetapkan, yang menafikan ketidaktahuannya dengan hal tersebut.
Allah berfirman:
وَلا يَمْلِكُ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ الشَّفَاعَةَ إِلا مَنْ شَهِدَ بِالْحَقِّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ (٨٦)
...tidak mempunyai sebarang Kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa Yang memberi penerangan mengakui kebenaran Dengan mentauhidkan Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya yang mereka mengetahui-Nya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; (az-Zukhruf (43): 86)
Maksudnya orang yang bersaksi dengan “لاإله إلا الله” – Laa ilaaha illallah, dan memahami dengan hatinya apa yang diikrarkan oleh lisannya. Seandainya ia mengucapkannya, tetapi tidak mengerti apa akan maksudnya atau maknanya (pengertiannya), maka persaksian itu tidak sah dan tidak berguna.
Syarat Kedua: Yaqin
Mereka yang mengikrarkannya harus (wajib) meyakini kandungan syahadat itu. Manakala jika ia meragukannya maka sia-sia belaka persaksian itu.
Allah s.w.t. berfirman:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ (١٥)
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (al-Hujuraat (49): 15)
Andainya ia ragu, maka ia menjadi munafiq. Nabi s.a.w. bersabda:
من لقيت وراءهذ الحائط يشهد أن لاإله إلاالله مستيقنا بها قلبه فبشره با لجنه
“Siapa yang engkau temui di balik tembok (kebun) ini, yang menyaksikan bahawa tiada ilah selain Allah dengan hati yang meyakininya, maka berilah khabar gembira dengan (balasan) syurga.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Maka siapa yang hatinya meyakini, ia berhak masuk syurga.
Syarat Ketiga: Qabul (menerima)
Menerima kandungan dan konsekuensi dari syahadat; menyembah Allah semata-mata dan meninggalkan ibadah kepada selain-Nya.
Siapa yang mengucapkan, tetapi tidak menerima dan menta’ati, maka ia termasuk orang-orang yang difirmankan Allah s.w.t.:
إِنَّهُمْ كَانُوا إِذَا قِيلَ لَهُمْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ يَسْتَكْبِرُونَ (٣٥)وَيَقُولُونَ أَئِنَّا لَتَارِكُو آلِهَتِنَا لِشَاعِرٍ مَجْنُونٍ (٣٦)
Sebenarnya mereka dahulu apabila dikatakan kepadanya;" (ketahuilah, bahawa) tiada Tuhan yang sebenar-benarnya berhak disembah melainkan Allah" - mereka bersikap takbur mengingkarinya, - serta mereka berkata: " Patutkah Kami mesti meninggalkan tuhan-tuhan yang kami sembah, kerana mendengar ajakan seorang penyair gila?" (ash-Shaffat (37): 35-36)
Ini seperti halnya penyembah kuburan dewasa ini. Mereka mengikrarkan “لاإله إلا الله” – Laa ilaaha illallah, tetapi tidak mahu meninggalkan penyembahan terhadap kuburan. Dengan demikian bererti mereka belum menerima makna “لاإله إلا الله” – Laa ilaaha illallah.
Syarat Keempat: Inqiyaad (Tunduk dan Patuh Dengan Kandungan Makna syahadat)
وَمَنْ يُسْلِمْ وَجْهَهُ إِلَى اللَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى وَإِلَى اللَّهِ عَاقِبَةُ الأمُورِ (٢٢)
Dan sesiapa Yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) Yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan Segala urusan. (Luqman (31): 22)
الْعُرْوَةِ الْوُثْقَى (al-“Urwatul-wutsqa) adalah laa ilaaha illallah. Dan makna يُسْلِمْ وَجْهَهُ (yuslim wajhahu) adalah yanqadu (patuh, tunduk).
Syarat Kelima: Shidq (jujur)
Iaitu mengucapkan kalimat ini dan hatinya juga membenarkannya. Manakala lisannya mengucapkan, tetapi hatinya mendustakan, maka ia adalah munafik dan pendusta.
Allah s.w.t. berfirman:
لِيُحِقَّ الْحَقَّ وَيُبْطِلَ الْبَاطِلَ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ (٨)إِذْ تَسْتَغِيثُونَ رَبَّكُمْ فَاسْتَجَابَ لَكُمْ أَنِّي مُمِدُّكُمْ بِأَلْفٍ مِنَ الْمَلائِكَةِ مُرْدِفِينَ (٩)وَمَا جَعَلَهُ اللَّهُ إِلا بُشْرَى وَلِتَطْمَئِنَّ بِهِ قُلُوبُكُمْ وَمَا النَّصْرُ إِلا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (١٠)
Supaya Allah menegakkan Yang benar itu dan menghapuskan Yang salah (kufur dan syirik), sekalipun golongan (kafir musyrik) Yang berdosa itu tidak menyukainya. (ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu Dengan seribu (bala tentera) dari malaikat Yang datang berturut-turut. dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-Baqarah (2): 8-10)
Syarat Keenam: Ikhlas
Iaitu membersihkan amal dari segala debu-debu syirik, dengan jalan tidak mengucapkannya kerana mengingkari isi dunia, riya’ atau sum’ah. Dalam hadis ‘Itban, Rasulullah s.a.w. bersabda:
قإن الله حرم على النار من قا ل لاإله إلله يبتغى بذ لك وجه الله
“Sesungguhnya Allah mengharamkan atas neraka orang yang mengucapkan laa ilaaha illallah kerana menginginkan redha Allah.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Syarat Ketujuh: Mahabbah (Kecintaan)
Maksudnya mencintai kalimat ini serta isinya, juga mencintai orang-orang yang mengamalkan konsekuensinya.
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُوا إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ (١٦٥)
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia Yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang Yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. dan kalaulah orang-orang Yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, Bahawa Sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan Bahawa Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu). (al-Baqarah (2): 165)
Makanya, ahli tauhiditu adalah mencintai Allah dengan cinta yang tulus bersih. Sedangkan ahli syirik mencintai Allah dan mencintai yang lainnya. Hal ini sangat bertentangan dengan isi kandungan laa ilaaha illallah - “لاإله إلا الله”.
Syarat-Syarat “محمد رسول الله” Muhammadar Rasulullah
1 – Mengakui kerasulan dan meyakininya di dalam hati.
2 – Mengucapkan dan mengikrarkan dengan lisan.
3 – Mengikutinya dengan mengamalkan ajaran keebnaran yang telah dibawanya serta meninggalkan kebatilan (larangan) yang ditegahnya.
4 – Membenarkan segala apa yang dikhabarkan dari hal-hal yang ghaib, baik yang sudah lewat mahupun yang akan datang.
5 – Mencintainya melebihi cintanya kepada dirinya sendiri, harta, anak, orang tua, serta seluruh umat manusia.
6 – Mendahulukan sabdanya atas segala pendapat dan ucapan orang lain serta mengamalkan sunnahnya.
Objektif / Kesan Syahadatain
Objektif / Kesan “لاإله إلا الله” – Laa ilaaha illallah
Iaitu meninggalkan ibdah kepada selain Allah dari segala macam yang dipertuhankan sebagai keharusan (kewajiban) dari peniadaan “لاإله إلا الله” – Laa ilaaha illallah. Dan beribadah kepada Allah semata-mata tanpa syirik sedikit pun, sebagai keharusan dari penetapan “لاإله إلا الله” – Laa ilaaha illallah.
Banyak orang mengikrarkan tetapi melanggar tetap melanggar objektif yang sepatutnya dimiliki. Sehingga mereka menetapkan ketuhanan yang sudah dinafikan, baik berupa para makhluk, kuburan, pepohonan, bebatuan, serta para thaghut lainnya.
Mereka berkeyakinan bahawa tauhid adalah bid’ah. Mereka menolak para da’i yang mengajak kepada tauhid dan mencela orang yang beribadah hanya kepada Allah semata-mata.
Objektif / Kesan “محمد رسول الله” Muhammadar Rasulullah
Iaitu mentaatinya, membenarkannya, meninggalkan apa yang dilarangnya, mencukupkan diri dengan mengamalkan sunnahnya, dan meninggalkan yang lain dari hal-hal bid’ah dan muhdatsat (baru), serta mendahulukan sabda baginda di atas segala pendapat orang lain.
Perkara-Perkara Yang Membatalkan Syahadatain
Iaitu hal-hal yang membatalkan Islam, kerana dua kalimat syahadat itulah yang membuat seseorang masuk dalam Islam. Mengucapkan keduanya adalah pengakuan terhadap kandungannya dan konsisten mengamalkan konsekuensinya berupa segala macam syi’ar-syi’ar Islam. Jika ia menyalahi ketentuan ini, bererti ia telah membatalkan perjanjian yang telah diikrarkannya ketika mengucapkan dua kalimat syahadat tersebut.
Yang membatalkan Islam itu banyak sekali. Para fuqaha’ dalam kitab-kitab fiqh mereka telah menulis bab khusus yang diberi judul “Bab Riddah” (Bab Kemurtadan). Dan yang terpenting adalah sepuluh hal, iaitu:
1 – Syirik dalam beribadah kepada Allah. Allah s.w.t. berfirman:
إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا (٤٨)
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa Yang lain dari itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), maka Sesungguhnya ia telah melakukan dosa Yang besar. (an-Nisa’ (4): 48)
لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ وَقَالَ الْمَسِيحُ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اعْبُدُوا اللَّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ (٧٢)
Demi sesungguhnya! telah kafirlah orang-orang Yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu Yang lain, maka Sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang Penolong pun bagi orang-orang Yang berlaku zalim". (al-Ma’idah (5): 72)
Termasuk di dalamnya iaitu menyembelih kerana selain Allah, sebagai contoh, adalah kerana untuk memohon hajat kepada kuburan yang dianggap keramat atau untuk jin dan lain-lainnya.
2 – Orang yang menjadikan antara dia dan Allah perantara-perantara. Ia berdoa kepada mereka, meminta syafa’at kepada mereka dan bertawakkal kepada mereka. Orang seperti ini kafir secara ijma’.
أَلا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ (٣)
Ingatlah! (hak Yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah Segala Ibadat dan bawaan Yang suci bersih (dari Segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik Yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi Pelindung dan Penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan Kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang Yang tidak melakukan syirik) tentang apa Yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang Yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). (az-Zumar (39): 3)
3 – Orang-orang yang tidak mahu mengkafirkan orang-orang musyrik dan orang yang masih ragu terhadap kekufuran mereka atau membenarkan madzhab mereka, dia itu kafir.
4 – Orang yang meyakini bahawa selain petunjuk Nabi s.a.w. lebih sempurna dari petunjuk baginda, atau hukum yang lain lebih baik dari hukum beliau. Seperti orang yang mengutamakan hukum para thaghut di atas hukum Rasulullah s.a.w., mengutamakan hukum atau perundangan manusia di atas hukum Islam, maka dia kafir.
5 – Sesiapa yang membenci sesuatu dari ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. sekalipun ia juga mengamalkannya, maka dia kafir.
6 – Sesiapa yang menghina sesuatu dari agama Rasul s.a.w. atau pahala mahupun siksa-Nya, maka dia kafir. Hal ini ditunjukkan melalui firman Allah s.w.t.:
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ (٦٥)لا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ إِنْ نَعْفُ عَنْ طَائِفَةٍ مِنْكُمْ نُعَذِّبْ طَائِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ (٦٦)
Dan jika Engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya Kami hanyalah berbual dan bermain-main". katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?" janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan Yang dusta), kerana Sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak Yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah. (at-Taubah (9): 65-66)
7 – Sihir, di antaranya sharf dan ‘athf (barangkali yang dimaksudkan adalah amalan yang dilaksanakan dengan tujuan membuat suami benci kepada isterinya atau membuat wanita cinta kepadanya atau sebaliknya). Barangsiapa melakukan atau meredhainya, maka ia kafir. Dalilnya adalah firman Allah s.w.t.:
وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلا تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُمْ بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلا بِإِذْنِ اللَّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلا يَنْفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُوا لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِ أَنْفُسَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ (١٠٢)
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir Yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan Dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir Yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah Yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah Yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa Yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya Dengan berkata: "Sesungguhnya Kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah Engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir Yang boleh menceraikan antara seorang suami Dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) Dengan sihir itu seseorang pun melainkan Dengan izin Allah. dan sebenarnya mereka mempelajari perkara Yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. dan Demi Sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui Bahawa sesiapa Yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian Yang baik di akhirat. Demi Sesungguhnya amat buruknya apa Yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. (al-Baqarah (2): 102)
8 – Mendukung kaum musyrikin dan menolong mereka dalam memusuhi umat Islam. Dalilnya adalah firman Allah s.w.t.:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ (٥١)
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (al-Ma’idah (5): 51)
9 – Sesiapa yang meyakini bahawa sebahagian manusia ada yang boleh keluar dari syari’at Nabi Muhammad s.a.w., seperti halnya Nabi Hidhir boleh keluar dri syari’at Nabi Musa a.s., maka ia kafir. Sebagaimana yang diyakini oleh ghulat sufiyah (sufi yang berlebihan atau yang melampaui batas) bahawa mereka dapat mencapai suatu darjat atau maqam yang akan menjadikan mereka tidak perlu lagi untuk mengikuti syari’at Rasulullah s.a.w.
10 – Berpaling dari agama Allah, tidak mempelajarinya dan tidak pula mengamalkannya. Dalilnya adalah firman Allah s.w.t.:
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ ذُكِّرَ بِآيَاتِ رَبِّهِ ثُمَّ أَعْرَضَ عَنْهَا إِنَّا مِنَ الْمُجْرِمِينَ مُنْتَقِمُونَ (٢٢)
Dan tidaklah ada Yang lebih zalim daripada orang Yang diberi ingat Dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya (dan tetap mengingkarinya); Sesungguhnya Kami tetap membalas. (as-Sajdah (32): 22
Syeikh Muhammad at-Tamimy berkata: “Tidak ada bezanya dalam hal yang membatalkan syahadat ini antara orang yang bercanda (bergurau), yang serius (bersungguh-sungguh) mahupun yang takut, kecuali orang yang dipaksa. Dan semuanya adalah bahaya yang paling besar serta yang paling sering terjadi. Maka setiap muslim wajib berhati-hati dan mengkhawatirkan dirinya serta mohon perlindungan kepada Allah s.w.t. dari hal-hal yang boleh mendatangkan murka Allah dan siksa-Nya yang pedih (Majmu’ah at-Tauhid an-Najdiyah, hal. 37-39).
No comments:
Post a Comment