Friday, December 24, 2010

IBADAH : Pengertian, Jenis Dan Keluasan Skopnya

Defini Ibadah

Ibadah secara estimologi bererti merendahkan diri serta tunduk. Di dalam syara’, ibadah mempunyai banyak definisi, tetapi makna dan maksudnya satu. Definisi itu antara lain adalah:

1 – Ibadah ialah taat kepada Allah dengan melaksanakan perintah-Nya melalui lisan rasul-Nya.

2 – Ibadah adalah merendahkan diri kepada Allah s.w.t. iaitu tingkatan tunduk yang paling disertai dengan rasa mahabbah (kecintaan) yang paling tinggi.

3 – Ibadah ialah sebutan yang mencakupi seluruh apa yang dicintai dan diredhai Allah s.w.t., baik berupa ucapan atau perbuatan, yang zahir mahupun yang batin. Ini adalah definisi ibadah yang paling lengkap.

Skop atau bentuk ibadah itu terbahagi kepada ibadah hati, lisan, dan anggota badan. Rasa khauf (takut), raja’ (mengharap), mahabbah (cinta), tawakkal (ketergantungan), raghbah (senang), dan rahbah (takut) adalah ibadah qalbiyah (yang berkaitan dengan hati). Sedangkan solat, zakat, haji, dan jihad adalah ibadah badaniyah qalbiyah (fizikal dan hati). Serta masih banyak lagi jenis-jenis ibadah yang berkaitan dengan hati, lisan, dan badan (fizikal).

Ibadah inilah yang menjadi tujuan penciptaan manusia. Allah s.w.t. berfirman:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ (٥٦)مَا أُرِيدُ مِنْهُمْ مِنْ رِزْقٍ وَمَا أُرِيدُ أَنْ يُطْعِمُونِ (٥٧)إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ (٥٨)

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku. Sesungguhnya Allah Dia-lah sahaja yang memberi rezeki (kepada sekalian makhluk-Nya, dan Dia-lah sahaja) yang mempunyai kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha kuat kukuh kekuasaan-Nya. (azd-Dzariyat (51): 56-58)

Allah s.w.t. memberitahukan, hikmah penciptaan jin dan manusia adalah agar mereka melaksanakan ibadah kepada Allah s.w.t.. Dan Allah maha-Kaya, tidak memerlukan ibadah mereka, akan tetapi merekalah yang memerlukannya; kerana ketergantungan mereka kepada Allah, maka mereka menyembah-Nya sesuai dengan aturan syari’at-Nya. Maka, barangsiapa yang menolak beribadah kepada Allah, dia adalah sombong. Barang siapa yang menyembah-Nya tetapi dengan selain apa yang disyari’atkan-Nya maka ia adalah mubtadi’ (pelaku bid’ah). Dan barang siapa yang hanya menyembah-Nya dengan syari’at-Nya (kaedah yang ditetapkan-Nya), maka dia mukmin muwahhid (yang mengesakan Allah).

 
Jenis-Jenis Ibadah Dan Keluasan Rakumannya

Ibadah itu banyak jenisnya. Ia mencakupi dan merangkumi semua jenis ketaatan yang nampak pada lisan, anggota badan, dan yang lahir dari hati. Seperti zikir, tasbih, tahlil, dan membaca al-Qur’an, solat, zakat, puasa, haji, jihad, amar ma’ruf nahi mungkar, berbuat baik kepada kerabat, anak yatim, orang miskin, dan ibnu sabil. Begitu pula cinta kepada Allah dan Rasul-Nya, khasyyatullah (takut kepada Allah), inabah (kembali) kepada-Nya, ikhlas kepada-Nya, sabar terhadap hukum-Nya, redha dengan qadha’ dan qadar-Nya, mengharap nikmat-Nya, dan takut dari siksa-Nya.

Jadi, ibadah mencakupi seluruh tingkah laku seseorang mukmin jika diniatkan qurbah (mendekatkan diri kepada Allah) atau apa-apa yang membantu qurbah. Bahkan adat kebiasaan (yang mubah) pun bernilai ibadah jika diniatkan sebagai bekal untuk taat kepada-Nya. Seperti tidur, makan, minum, jual-beli, bekerja mencari nafkah, nikah dan sebagainya. Pelbagai kebiasaan tersebut jika disertai dengan niat yang baik (benar menurut syari’at) maka ianya menjadi nilai berbentuk ibadah yang berhak mendapat pahala. Kerananya, tidaklah ibadah itu terbatas hanya kepada syi’ar-syi’ar yang biasa dikenal.

 
PEMAHAMAN YANG SALAH TENTANG PEMBATASAN IBADAH

Ibadah adalah perkara tauqifiyah. Ertinya tidak ada suatu bentuk ibadah pun yang disyari’atkan kecuali berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah. Apa yang tidak disyari’atkan bererti bid’ah mardudah (bid’ah yang jelas ditolak), sebagaimana firman Allah s.w.t.:

من عمل عملا ليس عليه أمر نا فهورد

“Barangsiapa yang melaksanakan suatu amalan tidak atas perintah kami, maka ia tertolak.” (Hadis Riwayat Bukahri & Muslim)

Maksudnya amalnya ditolak dan tidak diterima, bahkan ia berdosa kerananya, sebab amal tersebut adalah maksiat, bukan taat. Kemudian manhaj yang benar dalam perlaksanaan ibadah yang disyari’atkan adalah sikap pertengahan. Antara meremehkan dan malas dengan sikap ekstrim serta melampaui batas. Allah s.w.t. berfirman kepada Nabi-Nya s.a.w.:

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ (١١٢

Oleh itu, hendaklah engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepada-mu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikut-mu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; Sesungguhnya Allah Maha melihat akan apa yang kamu kerjakan. (Hud (11): 112)

Ayat al-Qur’an ini adalah garis petunjuk bagi langkah manhaj yang benar dalam perlaksanaan ibadah. Iaitu dengan ber-istiqamah dalam melaksanakan ibadah pada jalan tengah, tidak kurang atau lebih, sesuai dengan petunjuk syari’at (sebagaimana yang diperintahkan padamu). Kemudian Dia menegaskan lagi dengan firman-Nya:

وَلا تَطْغَوْا

Dan janganlah kamu melampaui batas.

Tughyan adalah melampaui batas dengan bersikap terlalu keras dan memaksakan kehendak serta mengada-ngada. Ia lebih dikenal dengan ghuluw.

Ketika Rasulullah s.a.w. mengetahui bahawa tiga orang dari sahabat-nya melakukan ghuluw dalam ibadah, di mana seorang dari mereka berkata, “Saya puasa terus dan tidak berbuka”. Dan yang kedua berkata, “Saya solat terus dan ttidak tidur”, lalu yang ketiga berkata, “Saya tidak menikahi wanita”. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda:

أما أنا فأصوم وأفطر. وأصلي وأرقد. وأتزوج النساء فمن رغب عن سنتي فليس مني

“Adapun saya, maka saya berpuasa dan berbuka, saya solat dan tidur, dan saya menikahi perempuan. Maka barangsiapa tidak menyukai jejakku maka dia bukan dari (bahagian atau golongan)-ku.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Ada dua golongan yang saling bertentangan dalam soal ibadah:

Golongan pertama: Yang mengurangi makna ibadah serta meremehkan perlaksanaannya. Mereka meniadakan berbagai macam ibadah dan hanya melaksanakan ibadah-ibadah yang terbatas pada syi’ar-syi’ar tertentu dan sedikit hanya diadakan di masjid-masjid saja. Tidak ada ibadah di rumah, di bilik-bilik, di bidang sosial, politik, juga tidak dalam peradilan permasalahan persengketaan dan dalam perkara-perkara kehidupan lainnya.

Memang masjid mempunyai keistimewaan dan harus dipergunakan dalam solat fardhu lima waktu. Akan tetapi, perlulah difahami bahawa ibadah adalah merangkumi seluruh aspek kehidupan Muslim, baik di masjid mahupun di luar masjid.

Golongan kedua: Iaitu yang bersikap berlebih-lebihan dalam perlaksanaan ibadah sehingga mencapai batas ekstreme; yang sunnah, mereka angkat sehingga kepada tingkatan wajib, sebagaimana yang mubah mereka angkat sehingga haram. Mereka menghukumi dengan label sesat dan salah (mungkar) terhadap orang yang menyalahi manhaj (cara praktik) mereka, serta menyalahkan pemahaman-pemahaman lainnya.

Padahal sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad s.a.w. dan seburuk-buruk perkara adalah yang bid’ah.
 
 
RUKUN-RUKUN UBUDIYAH YANG BENAR

Sesungguhnya ibadah itu berlandaskan pada tiga rukun utama, iaitu: hubb (cinta), khauf (takut), dan raja’ (harapan).

Rasa cinta haruslah disekalikan atau disertai dengan sikap rasa rendah diri, sedangkan khauf harus disertai dengan raja’. Dalam setiap ibadah harus terkumpul unsur-unsur ini. Allah s.w.t. berfirman tentang sifat hamba-hamba-Nya yang mukmin:

يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ

Dia mencintai mereka, dan mereka mencintai-Nya... (al-Ma’idah (5): 54)

وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ

Sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah... (al-Baqarah (2): 165)

Dia s.w.t. berfirman menyifati para rasul dan nabi-Nya:

إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ (٩٠

Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba (bersegera) dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada Kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada kami. (al-Anbiya’ (21): 90)

Sebahagian salaf berkata: “Barang siapa yang menyembah Allah dengan rasa cinta (hubb) saja maka ia zindiq. Sesiapa yang menyembah-Nya dengan raja’ (harapan) saja, maka ia adalah murji’. Dan sesiapa yang menyembah-Nya hanya dengan khauf (takut) saja, maka ia adalah harury. Sesiapa yang menyembah-Nya dengan cinta (hubb), takut (khauf), dan harapan (raja’), maka dia adalah mukmin muwahhid.” (Penjelasan: zindiq adalah istilah untuk setiap munafiq, orang sesat dan mulhid. Murji’ adalah orang murji’ah, iaitu golongan yang mengatakan bahawa amal bukan bahagian iman. Menururt mereka, iman cukup sekadar dengan hati. Harury pula adalah orang dari golongan khawarij, yang pertama kali muncul di Harruro’, dekat Kufah, yang berkeyakinan bahawa orang mukmin yang berdosa adalah kafir.)

Hal ini disebutkan oleh Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam Risalah Ubudiyah. Beliau juga berkata:

“Dien Allah adalah menyembah-Nya, taat, dan tunduk kepada-Nya; Asal makna ibadah adalah adz-dzull (hina). Dikatakan “” jika jalan itu dihinakan dan diinjak-injak oleh kaki manusia. Akan tetapi ibadah yang diperintahakan mengandungi dzull dan hubb. Iaitu mengandungi makna dzull yang paling dalam dengan hubb yang paling tinggi kepadanya, maka ia bukanlah menghamba (menyembah) kepadanya. Dan jika ia menyukai sesuatu tetapi tidak tunduk kepadanya, maka ia pun tidak menghamba (menyembah) kepada-Nya. Sebagaimana seorang ayah menyintai anaknya atau rakannya. Kerana itu tidak cukup salah satu dari keduanya dalam beribadah kepada Allah, tetapi hendaklah Allah lebih dicintai dari segala sesuatu dan Allah lebih diagungkan dari segala sesuatu. Tidak ada yang berhak dapat mahabbah (cinta) dan khudhu’ (ketundukan) yang sempurna selain Allah. (Majmu’ah Tauhid Najdiyah, hal. 542) Inilah rukun-rukun kehambaan yang merupakan dasar segala amal ibadah.

Ibnu Qayyim berkata dalam Nuniyah-nya:

“Ibadah kepada ar-Rahman adalah cinta yang dalam kepada-Nya, berserta kepatuhan penyembah-Nya. Dua hal ini adalah ibarat dua kutub. Di atas keduanyalah orbit ibadah beredar. Ia tidak beredar sehingga kedua kutub itu berdiri tegak. Sumbunya adalah perintah, perintah rasul-Nya. Bukan hawa nafsu dan syaitan.”

Ibnu Qayyim menyerupakan beredarnya ibadah di atas rasa cinta dan tunduk bagi yang dicintai, iaitu Allah s.w.t. dengan beredarnya orbit di atas dua kutubnya. Beliau juga menyebutkan bahawa beredarnya orbit ibadah adalah berdasarkan perintah rasul dan syari’at-Nya, bukan berdasarkan hawa nafsu dan syaitan. Kerana hal yang demikian bukanlah ibadah. Apa yang disyari’atkan baginda Rasulullah s.a.w. itulah yang memutar orbit ibadah. Ia tidak diputar oleh bid’ah, nafsu, dan khurafat.

 
SYARAT DITERIMANYA IBADAH

Agar boleh diterima, ibadah disyaratkan harus benar-benar menurut kaedahnya. Dan ibadah itu tidak benar kecuali dengan ada syarat:

1 – Ikhlas kerana Allah semata, bebas dari syirik besar dan kecil.
2 – Sesuai dengan petunjuk Rasulullah s.a.w.

Syarat pertama adalah kesan (dan objektif) daripada syahadat laa ilaaha illallah, kerana ia mengharuskan ikhlas beribdah hanya untuk Allah dan jauh dari syirik kepada-Nya.

Sedangkan syarat kedua adalah kesan dari syahadat Muhammad Rasulullah, kerana ia menuntut wajibnya taat kepada Rasul, mengikuti syari’atnya dan meninggalkan bid’ah atau ibadah-ibadah yang diada-adakan. Allah s.w.t. berfirman:

بَلَى مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُ أَجْرُهُ عِنْدَ رَبِّهِ وَلا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ (١١٢)

(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintah-Nya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (al-Baqarah (2): 112)

Aslama wajhahu (menyerahkan diri) ertinya memurnikan ibadah kepada Allah. Wahuwa muhsin (berbuat kebajikan) ertinya mengikuti Rasul-Nya.

Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan: “Dasar agama ada dua pokok iaitu kita tidak menyembah kecuali kepada Allah, dan kita tidak menyembah kecuali dengan yang Dia syari’atkan, tidak dengan bid’ah.” Sebagaimana Allah s.w.t. berfirman:

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلا صَالِحًا وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا (١١٠)

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaKu Bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang satu; oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan Dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal Yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". (al-Kahfi (18): 110)

Yang demikian adalah manifestasi (perwujudan) dari dua kalimat syahadat Laa ilaaha illallah dan Muhammad Rasulullah.

Pada yang pertama, kita tidak menyembah kecuali kepada-Nya. Pada yang kedua, bahawasanya Muhammad adalah utusan-Nya yang menyampaikan ajaran-Nya. Maka kita wajib membenarkan dan mempercayai beritanya serta mentaati perintahnya. Beliau telah menjelaskan bagaimana cara kita beribadah kepada Allah, dan beliau melarang kita dari hal-hal baru atau bid’ah. Beliau mengatakan bahawa bid’ah itu sesat. (al-Ubudiyah, hal. 103; ada dalam Majmuah Tauhid, hal. 615)

 
KESIMPULAN - SYARAT-SYARAT DITERIMANYA AMALAN

Berakidah Dengan Akidah Yang Sahih:-

Sesiapa Yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman (berakidah dengan akidah yang sahih), maka Sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia Dengan kehidupan Yang baik; dan Sesungguhnya Kami akan membalas mereka, Dengan memberikan pahala Yang lebih dari apa Yang mereka telah kerjakan. (an-Nahl: 97)

Dan sesiapa Yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman (berakidah sahih), maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun. (an-Nisa’: 124)

Ikhlas Lillahi Ta’ala (dan tidak syirik):

Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (Wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepada-Nya. Ingatlah! (hak Yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala Ibadat dan bawaan Yang suci bersih (dari segala rupa syirik). (Zumar: 2)

Dan Sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi Yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika Engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu Yang lain Dengan Allah) tentulah akan terhapus amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang Yang rugi. (az-Zumar: 65)

Barangsiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan Dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal Yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun Dalam ibadatnya kepada Tuhannya". (al-Kahfi: 110)

Dan kalau mereka sekutukan (Allah Dengan sesuatu Yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal Yang baik). (al-An’am: 88)

Menurut Petunjuk al-Qur'an Dan Sunnah Rasul-Nya (bersumberkan hadis2 yang sah) sahaja – Dengan tidak mereka-cipta ibadah berdasarkan akal:

Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa Yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara. (Thaha: 123)

Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan Rasul-Nya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (al-Hujurat: 01)

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzaab: 21)

“Barangsiapa yang beramal dengan amalan selain dari cara kita, maka ianya tertolak.” (Hadis Riwayat Muslim, no: 1718)

Sesungguhnya Allah Menjanjikan Kemenangan Kepada Mereka Yang Beramal Dengan Amalan Yang Soleh (amalan yang benar) Yang Disertakan Dengan akidah Yang Sahih:

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) bahawa Dia (Allah) akan menjadikan mereka berkuasa memegang pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: yang berkuasa; dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa Yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang Yang derhaka (fasik). (an-Nuur: 55)

Rujukan:
- Minhajul Anbiya’ Fid Da’wati Ila Allah fihil Hikmatu wa ‘aql, Sheik Dr. Rabi Bin Hadi ‘Umair al-Madkhaly.
- At-Tauhid Lish-shaffil Awwal al-‘Aliy, Sheikh Dr. Soleh Bin Fauzan al-Fauzan.

Kufur, Definisi Dn Jenisnya


A. Definisi Kufur

Kufur secara bahasa bererti menutupi. Sedangkan menurut syara’, kufur adalah tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, baik dengan mendustakannya atau tidak mendustakannya

B. Jenis Kufur

Kufur ada dua jenis: Kufur Besar dan Kufur Kecil

Kufur Besar

Kufur besar mampu mengeluarkan seorang dari agama Islam. Kufur besar ada lima jenis:

1. Kufur kerana mendustakan, dalilnya adalah firman Allah,

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah atau mendustakan kebenaran tatkala yang haq itu datang kepadanya? Bukankah dalam neraka Jahanam itu ada tempat bagi orang-orang yang kafir?” (Al-Ankabut: 68)

2. Kufur kerana enggan dan sombong, padahal membenarkan (meng-iyakan), dalilnya firman Allah,

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, ‘Tunduklah kamu kepada Adam. Lalu mereka tunduk kecuali Iblis; ia enggan dan takkabur, dan adalah ia termasuk orang-orang kafir.” (Al-Baqarah: 34)

3. Kufur kerana ragu, dalilnya adalah firman Allah,

Dan ia memasuki kebunnya, sedang ia zalim terhadap dirinya sendiri; ia berkata, ‘Aku kira kebun ini tidak akan binasa selama-lamanya, dan aku tidak mengira Hari Kiamat itu akan datang, dan jika sekiranya aku dikembalikan kepada Rabbku, niscaya akan kudapati tempat kembali yang lebih baik daripada kebun-kebun itu.’ Temannya (yang mukmin) berkata kepadanya sedang dia bercakap-cakap dengannya, ‘Apakah engkau kafir kepada (Rabb) yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitis air mani, kemudian Dia menjadikan kamu seorang laki-laki yang sempurna? Tapi aku (percaya bahawa) Dialah Allah Rabbku dan aku tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatupun’. (Al-Kahfi: 35-38)

4. Kufur kerana berpaling (tidak meng-endahkan), dalilnya adalah firman Allah,

Dan orang-orang kafir itu berpaling dari peringatan yang disampaikan kepada mereka.” (Al-Ahqaf: 3)

5. Kufur kerana nifaq, dalilnya adalah firman Allah,

Yang demikian itu adalah kerana mereka beriman (secara lahirnya, lalu kafir (secara batinnya)), kemudian hati mereka dikunci mati, kerana itu mereka tidak dapat mengerti.” (Al-Munafiqun: 3)

Kufur Kecil

Kufur kecil iaitu kufur yang tidak menjadikan pelakunya keluar dari agama Islam, dan ia adalah kufur amali (perbuatan). Kufur amali ialah dosa-dosa yang disebutkan di dalam al-Qur’an dan as-Sunnah sebagai dosa-dosa kufur, tetapi tidak mencapai darajat/ke tahap kufur besar. Seperti kufur nikmat, sebagaimana yang disebutkan dalam firman-Nya,

Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengingkarinya dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang kafir.” (An-Nahi: 83)

Termasuk juga membunuh orang muslim, sebagaimana yang disebutkan dalam sabda Nabi ,

Mencaci orang Islam adalah suatu kefasikan dan membunuhnya adalah suatu kekufuran. (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dan sabda beliau s.a.w.,

Janganlah kalian sepeninggalku kembali lagi menjadi orang-orang kafir, sebahagian kalian memenggal leher sebagian yang lain. (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Termasuk juga bersumpah dengan nama selain Allah. Nabi s.a.w. bersabda,

Barangsiapa bersumpah dengan nama selain Allah, maka ia telah berbuat kufur atau syirik. (Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan dihasankannya, serta dishahihkan oleh al-Hakim)

Yang demikian itu kerana Allah tetap menjadikan para pelaku dosa sebagai orang-orang mukmin. Allah berfirman,

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh. (al-Baqarah: 178)

Allah tidak mengeluarkan orang yang membunuh dari golongan orang-orang beriman, bahkan menjadikannya sebagai saudara bagi wali yang (berhak melakukan) qishash (Qishash ialah mengambil pembalasan yang sama (balas bunuh bagi kesalahan membunuh). Qishash itu tidak dilakukan bila yang membunuh mendapat pemaafan dari ahli waris yang terbunuh iaitu dengan membayar diat (ganti rugi) yang wajar. Pembayaran diat diminta dengan baik, umpamanya dengan tidak mendesak yang membunuh, dan yang membunuh hendaknya membayar dengan baik, umpamanya dengan tidak menangguh-nangguhkannya. Bila ahli waris si korban sesudah Allah menjelaskan hukum-hukum ini membunuh yang bukan si pembunuh atau membunuh si pembunuh setelah menerima diat maka terhadapnya di dunia diambil qishash dan di akhirat dia mendapat siksa yang pedih.” (pent.)).

Allah s.w.t. berfirman,

Maka barangsiapa mendapat suatu pemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf membayar (diat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula). (Al-Baqarah: 178)

Yang dimaksudkan dengan saudara dalam ayat di atas tanpa diragukan lagi, adalah saudara seagama, berdasarkan firman Allah,

Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat zalim terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah; jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” (al-Hujurat: 9-1O) (Lihat Syarah ath-Thahawiyah, al-Maktab al-Islami hal. 361)

Kesimpulan Perbedaan antara Kufur Besar dengan Kufur Kecil:

1. Kufur besar mengeluarkan pelakunya dari agama Islam dan menghapuskan (pahala) amalnya, sedangkan kufur kecil tidak menjadikan pelakunya keluar dari agama Islam, juga tidak menghapuskan (pahala) amalnya, tetapi akan mengurangi (pahala)-nya sesuai dengan kadar kekufurannya, dan pelakunya tetap dihadapkan dengan ancaman.

2. Kufur besar menjadikan pelakunya kekal dalam neraka, sedangkan kufur kecil, jika pelakunya masuk neraka maka ia tidak kekal di dalamnya, dan Allah akan memberikan ampunan (dengan rahmatnya) kepada pelakunya, sehingga ia tidak masuk neraka sama sekali.

3. Kufur besar menjadikan halal darah dan harta pelakunya, sedangkan kufur kecil tidak demikian.

4. Kufur besar mengharuskan adanya permusuhan yang sesungguhnya, antara pelakunya dengan orang-orang mukmin. Orang-orang mukmin tidak boleh mencintai dan setia kepadanya, betapa pun ia adalah keluarga terdekat. Adapun kufur kecil, maka ia tidak melarang secara mutlak adanya kesetiaan, tetapi pelakunya dicintai dan diberi kesetiaan sesuai dengan kadar keimanannya, dan dibenci serta dimusuhi sesuai dengan kadar kemaksiatannya.

Hal yang sama juga dikatakan dalam perbezaan antara pelaku syirik besar dengan syirik kecil.

Wallahu a’lam...

Hal-hal Yang Membatalkan Iman

 
Pembatal iman atau “nawaqidhul iman” adalah sesuatu yang dapat menghapuskan iman sesudah iman masuk di dalamnya. Antara perkara-perkara yang dapat membatalkan iman seperti yang dimaksudkan adalah:

1 – Mengingkari rububiyah Allah atau sesuatu dari kekhususan-kekhususan-Nya, atau mengaku memiliki sesuatu dari kekhususan tersebut atau membenarkan orang yang mengakuinya.

“Dan mereka berkata, “Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa”, dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga sahaja.” (al-Jatsiyah: 24)

2 – Sombong serta menolak beribadah kepada Allah.

Allah s.a.w. berfirman:

“Al Masih sekali-kali tidak enggan menjadi hamba bagi Allah, dan tidak (pula enggan) malaikat-malaikat yang terdekat (kepada Allah). Barangsiapa yang enggan dari menyembah-Nya, dan menyombongkan diri, nanti Allah akan mengumpulkan mereka semua kepada-Nya. Adapun orang-orang yang beriman dan berbuat amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka dan menambah untuk mereka sebagian dari karunia-Nya. Adapun orang-orang yang enggan dan menyombongkan diri, maka Allah akan menyiksa mereka dengan siksaan yang pedih, dan mereka tidak akan memperoleh bagi diri mereka, pelindung dan penolong selain dari pada-Nya.” (an-Nisa’ 4: 172-173)

3 – Menjadikan perantara dan penolong yang ia sembah atau mintai (pertolongan) selain Allah.

Allah s.w.t. berfirman:

Dan mereka menyembah Yang lain dari Allah, sesuatu Yang tidak dapat mendatangkan mudarat kepada mereka dan tidak dapat mendatangkan manfaat kepada mereka dan mereka pula berkata: "Mereka (yang Kami sembah itu) ialah pemberi-pemberi syafaat kepada Kami di sisi Allah". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Adakah kamu hendak memberitahu kepada Allah akan apa Yang ia tidak mengetahui adanya di langit dan di bumi (padahal Allah mengetahui segala-galanya)? Maha suci Allah dan tertinggi keadaannya dari apa Yang mereka sekutukan." (Yunus 10: 18)

Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik). Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): "Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat- dekatnya." Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar. (az-Zumar 39: 3)

Hanya bagi Allah-lah (hak mengabulkan) doa yang benar. Dan berhala-berhala yang mereka sembah selain Allah tidak dapat memperkenankan sesuatupun bagi mereka, melainkan seperti orang yang membukakan kedua telapak tangannya ke dalam air supaya sampai air ke mulutnya, padahal air itu tidak dapat sampai ke mulutnya. Dan doa (ibadat) orang-orang kafir itu, hanyalah sia-sia belaka. (ar-Ra’d 13: 14)

4 – Menolak sesuatu yang ditetapkan Allah untuk diri-Nya atau yang ditetapkan melalui kalam Rasul-Nya. Begitu pula orang yang menyifati seseorang (makhluk) dengan sesuatu sifat yang khusus bagi Allah, seperti ilmu Allah. Termasuk juga menetapkan sesuatu yang dinafikan Allah dari diri-Nya atau yang telah dinafikan dari-Nya oleh Rasul-Nya s.a.w. Allah berfirman kepada Rasulnya:

Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia." (al-Ikhlas 112: 1-4)

Hanya milik Allah asmaa-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. (al-A’raaf 7: 180)

Tuhan (yang menguasai) langit dan bumi dan apa-apa yang ada di antara keduanya, maka sembahlah Dia dan berteguh hatilah dalam beribadat kepada-Nya. Apakah kamu mengetahui ada seorang yang sama dengan Dia (yang patut disembah)? (Maryam 19: 65)

5 – Mendustakan Rasulullah s.a.w. tentang sesuatu yang beliau bawa. Allah s.w.t. berfirman:

Dan jika mereka mendustakan kamu, maka sesungguhnya orang-orang yang sebelum mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya); kepada mereka telah datang rasul-rasulnya dengan membawa mukjizat yang nyata, zubur, dan kitab yang memberi penjelasan yang sempurna. Kemudian Aku azab orang-orang yang kafir; maka (lihatlah) bagaimana (hebatnya) akibat kemurkaan-Ku. (Fatheer 35: 25-26)

6 – Berkeyakinan bahawa petunjuk Rasulullah s.a.w. tidak sempurna atau menolak suatu hukum syara’ yang telah Allah turunkan kepadanya, atau meyakini bahawa selain hukum Allah itu lebih baik, lebih sempurna dan lebih memenuhi hajat manusia, atau meyakini kesamaan hukum Allah dan Rasul-Nya dengan hukum yang selainnya, atau meyakini dibolehkannya berhukum dengan selain hukum Allah.

Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu ? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya. (an-Nisa’ 4: 60)

Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya. (an-Nisa’ 4: 65)

Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. (al-Ma’idah 5: 44)

7 – Tidak mahu mengkafirkan orang-orang musyrik atau ragu kekafiran mereka, sebab hal itu bererti meragukan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Allah s.w.t. berfirman:

... dan berkata: "Sesungguhnya kami mengingkari apa yang kamu disuruh menyampaikannya (kepada kami), dan sesungguhnya kami benar-benar dalam keragu-raguan yang menggelisahkan terhadap apa yang kamu ajak kami kepadanya." (Ibrahim 14: 9)

8 – Mengolok-olok atau mengejek-ejek Allah atau al-Qur’an atau agama Islam atau pahala dan siksa dan yang sejenisnya, atau mengolok-olok Rasulullah s.a.w. atau seorang nabi, baik itu gurauan mahupun dengan kesungguhan. Allah s.w.t. berfirman:

Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja." Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?" Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu kafir sesudah beriman. Jika Kami memaafkan segolongan kamu (lantaran mereka taubat), niscaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa. (at-Taubah 9: 65-66)

9 – Membantu orang musyrik atau menolong mereka untuk memusuhi orang muslim. Allah s.w.t. berfirman:

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (al-Ma’idah 5: 51)

10 – Meyakini bahawa orang-orang tertentu boleh keluar dari ajaran Rasulullah s.a.w., dan tidak wajib mengikuti ajaran beliau. Allah s.w.t. berfirman:

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. (al-Ma’idah 5: 3)

11 – Berpaling dari agama Allah, tidak mahu mempelajarinya serta tidak mahu mengamalkannya. Allah s.w.t. berfirman:

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya? Sesungguhnya Kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa. (as-Sajdah 32: 22)

Demikianlah sebahagian perkara-perkara yang membatalkan iman yang paling jelas. Masih banyak pembatal-pembatal iman yang lain seperti sihir, menolak al-Qur’an, samaada sebahagian mahupun keseluruhannya, atau meragukan kemukjizatannya atau menghina mushaf atau sebahagiannya, atau menghalalkan sesuatu yang sudah disepakati keharamannya seperti zina atau khamar, atau mengkritik agama serta mencelanya. Na’udzu billahi min dzalik. Wallahu a’lam!..

Hubunga Iman, Islam Dan Syahadatain

Pengertian Islam

Islam tidak boleh disamakan dengan mana-mana agama. Ini kerana agama menurut fahaman manusia hanya hubungan antara manusia dan kuasa ghaib dan lebih bersifat ritual semata-mata. Islam bukan bersifat ritual tetapi ia adalah ad-Deen merangkumi keseluruhan lapangan hidup manusia; yang terkandung di dalamnya soal aqidah, amalan dan hukum-hakam berhubungan dengan rohani dan jasmani, fardhiyyah dan jama’iyyah, politik, perundangan dan segala urusan hidup di dunia dan akhirat. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) pada hari (ketika) Kami bangkitkan pada setiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri, dan Kami datangkan engkau (Muhammad) menjadi saksi atas mereka. Dan Kami turunkan Kitab (Al-Quran) kepadamu untuk menjelaskan segala sesuatu, sebagai petunjuk, serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang berserah diri (muslim).” (Surah An-Nahl: ayat 89)

“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, dan (daging) haiwan yang disembelih bukan atas (nama) Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih. Dan (diharamkan pula) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan pula) mengundi nasib dengan azlam (anak panah) (kerana) itu suatu perbuatan fasik. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah Aku redhai Islam sebagai agamamu. Tetapi barangsiapa terpaksa kerana lapar bukan kerana ingin berbuat dosa, maka sungguh Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (Surah Al-Maidah: ayat 3)

Ini juga dapat dijelaskan melalui takrif Islam yang dikemukakan oleh ulama’ berdasarkan Al-Quran dan as-Sunnah:

1. Islam bererti tunduk dan menyerah diri kepada-Nya. Firman Allah yang bermaksud:

“Maka mengapa mereka mencari agama yang lain selain agama Allah, padahal apa yang di langit dan di Bumi berserah diri kepada-Nya, (baik) dengan suka mahupun terpaksa, dan hanya kepada-Nya mereka dikembalikan?” (Surah Ali-‘Imran: ayat 83)

“Dan barangsiapa mencari agama selain Islam, dia tidak akan diterima, dan di akhirat dia termasuk orang yang rugi.” (Surah Ali-‘Imran: ayat 85)

2. Islam adalah Nizam (peraturan) yang lengkap bagi mengatur kehidupan manusia dan menjadi dasar kepada akhlak, disampaikan kepada manusia serta memberitahu siapa yang mengikut mendapat pahala dan yang menentang, sebaliknya. Firman Allah dalam Surah Ali-‘Imran ayat 85. Maksudnya:

“Dan barangsiapa mencari agama selain Islam, dia tidak akan diterima, dan di akhirat dia termasuk orang yang rugi.”

3. Islam adalah kumpulan peraturan yang terkandung di dalamnya yang berbentuk aqidah, akhlak, muamalat dan segala berita yang disebutkan di dalam Al-Quran dan as-Sunnah.

“Wahai Rasul! Sampaikanlah apa yang diturunkan Tuhanmu kepadamu. Jika tidak engkau lakukan (apa yang diperintahkan itu) bererti engkau tidak menyampaikan amanat-Nya. Dan Allah memelihara engkau dari (gangguan) manusia. Sungguh, Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang kafir.” (Surah Al-Maidah: ayat 67)
Islam ialah keseluruhan ad-Deen yang terkandung di dalamnya perkara berhubung dengan aqidah, amalan dan hukum. 
 
 
4.1 Makna ad-Deen (pertama): Pembalasan.

Firman Allah yang bermaksud:

“dan sungguh, (hari) pembalasan pasti terjadi.” (Surah Az-Zaariyat: ayat 6)

4.2 Makna ad-Deen (kedua): Ibadah dan Penyembahan.

Firman Allah yang bermaksud:

“Katakanlah,“Tuhanku menyuruhku berlaku adil. Hadapkanlah wajahmu (kepada Allah) pada setiap solat, dan sembahlah Dia dengan mengikhlaskan ibadah semata-mata hanya kepada-Nya. Kamu akan dikembalikan kepada-Nya sebagaimana kamu diciptakan semula. ” (Surah Al-A’raf: ayat 29)

4.3 Makna ad-Deen (ketiga): Undang-undang dan Hukum.

Firman Allah yang bermaksud:

“Maka mulailah dia(memeriksa) karung-karung mereka sebelum (memeriksa) karung saudaranya sendiri, kemudian dia mengeluarkan (piala raja) itu dari karung saudaranya. Demikianlah Kami mengatur (rencana) untuk Yusuf. Dia tidak dapat menghukum saudaranya menurut undang-undang raja, kecuali Allah menghendakinya. Kami angkat darjat orang yang Kami kehendaki; dan di atas setiap orang yang berpengetahuan ada yang lebih mengetahui. ”

(Surah Yusuf: ayat 76)
Islam dengan makna menyerah diri secara zahir sahaja sekalipun dengan tidak ada iman di dalam hati. Islam seperti ini tidak memberi apa-apa faedah kepada penganutnya. Allah S.W.T berfirman dalam Surah Al-Hujurat ayat 14:

Maksudnya:

Orang-orang Arab Badwi berkata, “Kami telah beriman.” Katakanlah (kepada mereka), “Kamu belum beriman, tetapi katakanlah `Kami telah tunduk (Islam),’ kerana iman belum masuk ke dalam hatimu. Dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikit pun (pahala) amalmu. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”
Islam merupakan jawapan yang tepat kepada tiga pertanyaan yang dikemukakan kepada setiap manusia sejak dari dulu hingga sekarang iaitu:

6.1 Dari mana dia datang?

“Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dari saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami menjadikannya air mani (disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian, air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian, Kami menjadikannya makhluk yang (berbentuk) lain. Maha Suci Allah pencipta yang paling baik.” (Surah Al-Mukminun: ayat 12-14)

“Maka hendaklah manusia memperhatikan dari apa dia diciptakan. Dia diciptakan dari air (mani) yang terpancar, yang keluar dari tulang punggung (sulbi) dan tulang dada.” (Surah At-Thariq: ayat 5-7)

6.2 Mengapa ia dijadikan?

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.” (Surah Az-Zaariyat: ayat 56)

6.3 Ke mana dia dikembalikan?

“Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemui-Nya.” (Surah Al-Insyiqaaq: ayat 6)

“Allah yang memulai penciptaan (makhluk), kemudian mengulanginya kembali; kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan. ” (Surah Al-Ruum: ayat 11)
Islam merupakan penghayatan sebenar bagi manusia. Ia cahaya petunjuk dalam kehidupan, ubat mujarab untuk mengatasi dan memperbaiki masyarakat serta jalan sebenar yang tidak akan sesat kepada sesiapa yang mengikutinya. Firman Allah dalam Surah Al-Isra’ ayat 82 bermaksud:

“Dan Kami turunkan dari al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian.”


Pengertian Iman:

Tasdiq (membenarkan) di dalam hati apa yang diketahuinya yang datang dari Allah dan Rasul serta diakui dengan lidah dan dibuktikan dengan amalan.

Tasdiq mestilah menerima dugaan dengan redha terhadap semua perkara, tidak ada engkar, ragu serta tidak menjuzuk-juzukkan hanya ibadah khusus sahaja seperti solat, puasa, zakat, menolong orang, bercakap benar, berakhlak mulia tetapi menolak soal politik Islam, undang-undang Islam, pemerintahan Islam, dan lain-lain lagi. Firman Allah yang bermaksud:

“Maka demi Tuhanmu, mereka tidak beriman sebelum mereka menjadikan engkau (Muhammad) sebagai hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan (sehingga) kemudian tidak ada rasa keberatan dalam hati mereka terhadap utusan yang mereka berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (Surah An-Nisa’: ayat 65)

“Sesungguhnya orang-orang mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemdian mereka tidak ragu-ragu, dan mereka berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.” (Surah Al-Hujurat: ayat 15)

Apabila diperkatakan tentang iman, maka ia tidak boleh berpisah dengan amal kerana amal itu hasil daripada keimanan dan iman tidak sempurna tanpa amal.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal, (iaitu) orang-orang yang melaksanakan solat dan yang menginfakkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka akan memperoleh darjat (tinggi) di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki (nikmat) yang mulia.” (Surah Al-Anfal: ayat 2-4)

Iman menjadi tidak sah jika apa yang ditasdiqkan itu tidak menepati kehendak syara’ seperti manusia yang beriman dengan Allah dan dalam masa yang sama beriman dengan Thogut. Thogut ialah apa-apa sahaja sama ada nafsu, perempuan, pangkat, kekuasaan yang menjadikan seseorang itu memuja, bersungguh-sungguh memperjuangkannya dan mempertahankannya termasuk ‘isme’ atau fahaman ciptaan manusia.

Contoh:
Kaum Luth menjadikan nafsu sebagai matlamat hidup sehingga mengetepikan soal haram perhubungan antara lelaki dengan lelaki.
Zaman Nabi Musa a.s. kaum waktu itu mengangkat dan mempercayai Firaun sebagai Tuhan mereka.
Zaman awal Nabi Muhammad S.A.W. di mana Abu Jahal dan Abu Lahab walaupun mengakui Muhammad itu benar tetapi tetap tidak mengikuti ajaran baginda Rasulullah S.A.W. Ini kerana mereka risaukan kekuasaan mereka akan tergugat, soal haram seperti arak, judi dan zina tidak boleh mereka lakukan lagi.
Zaman moden ini, manusia menjadikan fahaman ciptaan manusia seperti kapitalisme, sekularisme, komunisme, nasionalisme sebagai sesuatu yang diagung-agungkan dan dipertahankan termasuk di negara-negara umat Islam lain.

Keseluruhan contoh thogut di atas dilaknat oleh Allah S.W.T berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

“Tidakkah engkau memperhatikan orang-orang yang diberi bahagian dari Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada Jibt dan Thogut, dan mengatakan kepada orang-orang kafir (musyrik Makkah), bahawa mereka itu lebih benar jalannya daripada orang-orang yang beriman. Mereka itulah orang-orang yang dilaknat Allah. Dan barangsiapa dilaknat Allah, nescaya engkau tidak akan mendapatkan penolong baginya.” (Surah An-Nisa’: ayat 51-52)

“Tidakkah engkau (Muhammad) memperhatikan orang-orang yang mengaku bahawa mereka telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelummu? Tetapi mereka masih menginginkan ketetapan hukum kepada Thogut, padahal mereka telah diperintahkan untuk mengingkari Thogut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) kesesatan yang sejauh-jauhnya.” (Surah An-Nisa’: ayat 60)


Pengertian Syahadatain:

Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:

Sesiapa yang bersyahadah bahawa Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah satu sahaja, tidak menyekutukannya dan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah hamba dan RasulNya, bahawa Nabi Isa hamba Allah serta RasulNya. Rohnya dicampakkan ke dalam diri Maryam, syurga dan neraka itu benar dan akan dimasukkan oleh Allah, siapa yang dikehendakiNya.

Syahadataian adalah merupakan asas yang terpenting sekali bagi tertegaknya Islam secara menyeluruh. Islam tidak tertegak jika tidak tertegak rukun-rukunnya dan tidak tertegak rukun-rukun yang empat itu jika tidak sempurna syahadatain, bahkan tidak ada Islam sebelum adanya syahadatain. Ia adalah lambang jiwa Islam yang syumul. Setiap amalan atau ibadah orang Islam yang tidak kerananya, diibaratkan seperti menanam benih yang mati. Oleh itu, sebarang amalan kebajikan orang-orang kafir tidak ada harga di sisiNya umpama debu yang berterbangan. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan Kami akan memperlihatkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami akan jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.” (Surah al-Furqan: ayat 23)

Apabila seseorang Muslim berkata “La ilahaillallah” seolah-olah dia berkata “Tiada tempat memerlukan ketenangan, ganjaran, kasih-sayang dan pujian, tiada kekuasaan dan tempat yang hendak dicurahkan segala ketaatan, segala kebesaran, segala kesua’an melainkan ALLAH”. Ini menunjukkan taabudi yang tinggi dan keimanan yang hak, tidak ada yang mampu menggoncangkan atau menggugah keyakinan. Oleh itu, bertawakal kepada-Nya adalah wajib, memohon harapan selain daripadanya adalah batal. Kasih kepada-Nya adalah wajib, kasih kepada yang lain daripada-Nya tidak boleh kecuali dengan izin-Nya. Segala hubungan ibadah dan penyembahan tidak boleh dilakukan melainkan kepada-Nya. Dialah satu-satunya Raja, tidak boleh taat selain dari-Nya.

Dialah juga pembuat undang-undang (Syari’at), tidak ada kekuasaan ke atas undang-undang itu melainkan Dia. Sebab itulah mana-mana kerajaan atau pemerintah yang mengambil dan melaksanakan undang-undang selain Syari’at Islam dalam keadaan mempunyai kekuasaan, kemampuan serta berkeyakinan undang-undang yang ada adalah lebih baik, hukumnya adalah Syirik.

Pasti tidak dapat ditegakkan kalimah “La ilahaillallah” itu kecuali lebih dahulu mengetahui Rasul-Nya kerana Rasul-Nya yang menunjukkan jalan bagi mentahqiqkan kebesaran Allah. Jika tanpa jalan dan petunjuk dari Rasul di dalam mentauhidkan Allah, nescaya kita akan menemui jalan buntu dan berada dalam kesesatan.

Penegasan tentang konsep syahadatain yang berkait rapat dengan Iman dan Islam itu perlu kerana ada manusia yang tunduk kepada tuhan-tuhan palsu sepertimana:

Firman Allah dalam Surah Al-Jaasiyah ayat 23 yang bermaksud:

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengatahuan-Nya, dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”

Firman Allah dalam Surah at-Taubah ayat 31 yang bermaksud:

“Mereka menjadikan orang-orang alim (Yahudi), dan rahib-rahibnya (Nasrani) sebagai Tuhan selain Allah, dan (juga) Al-Masih putra Maryam; padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada tuhan selain Dia. Maha Suci Dia dari apa yang mereka persekutukan.”

Mereka tunduk kepada nafsu, akal, ideologi-ideologi atau sistem buatan manusia sebagai lebih tinggi dari Allah S.W.T.


Implikasi Mengucap Syahadatain

Pengisytiharan tentang Tauhid Allah dan kerasulan Muhammad S.A.W. membawa implikasi supaya manusia tunduk mengabdikan diri kepada-Nya dan mengikuti petunjuk Rasul-Nya. Perhatikan peringatan dari Allah dalam Surah Al-Ahzab ayat 36.

“Dan tidaklah pantas bagi laki-laki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada pilihan (yang lain) bagi mereka tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh, dia telah tersesat, dengan kesesatan yang nyata.”

Sesungguhnya Islam itu sudah lengkap diturunkan dan ia sudah menggariskan prinsip-prinsip asas dan hukum-hakam yang diperlukan oleh manusia untuk menjalankan kehidupan di muka bumi. Golongan muslimin sudah tidak ada pilihan lain dalam mencari panduan hidup melainkan apa yang sudah termaktub dalm Al-Quran dan as-Sunnah. Allah telah mensyari’atkan atau menghukumkan apa yang wajib ada pada individu atau kelompok muslimin dari segi ‘iktikad, fikrah dan amalan mereka. Barangsiapa yang mengambil lain daripada apa yang telah disyariatkan atau mencampur-adukkan sesuatu dengan Islam, mereka seakan-akan mengatakan Allah itu tidak kamil dan syariat-Nya tidak sempurna padahal Allah telah berfirman dalam Surah Al-Maidah ayat 3:

Maksudnya:

“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, dan (daging) haiwan yang disembelih bukan atas (nama) Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih. Dan (diharamkan pula) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan pula) mengundi nasib dengan azlam (anak panah) (kerana) itu suatu perbuatan fasik. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah Aku redhai Islam sebagai agamamu. Tetapi barangsiapa terpaksa kerana lapar bukan kerana ingin berbuat dosa, maka sungguh Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”

Tauhid Asma' Wa Sifat

MENGENALI ALLAH DENGAN MENG-IMANI ASMA’ WA SIFAT-NYA

Daripada Blog Rasmi (Aqidah):
http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

MAKNA TAUHID ASMA’ WA SIFAT DAN MANHAJ SALAF (GOLONGAN AWAL) DI DALAMNYA

Iaitu beriman kepada nama-nama Allah s.w.t. dan sifat-sifat-Nya, sebagaimana yang diterangkan dalam al-Qur’an dan Sunnah Rasul-Nya s.a.w., menurut apa yang layak bagi Allah s.w.t., tanpa ta’wil dan ta’thil, tanpa takyif, dan tamtsil, berdasarkan firman Allah s.w.t.:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Tiada sesuatupun yang serupa dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (asy-Syura 42: 11)

Ta’thil – adalah menghilangkan makna atau sifat Allah.

Takyif - adalah mempersoalkan hakikat asma’ dan sifat Allah dengan bertanya “bagaimana”.

Tamtsil - adalah menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya.

Allah menafikan jika ada sesuatu yang menyerupai-Nya, dan Dia menetapkan bahawa Dia adalah Maha Mendengar dan Maha Melihat. Maka Dia diberi nama dan sifat dengan nama dan sifat yang Dia sendiri berikan untuk diri-Nya dan dengan nama dan sifat yang disampaikan oleh Rasul-Nya (melalui hadis). Al-Qur’an dan as-Sunnah dalam hal ini tidak boleh dilanggar, kerana tidak seorangpun yang lebih mengetahui Allah daripada Allah sendiri, dan tidak ada sesudah Allah orang yang lebih mengetahui Allah daripada Rasul-Nya. Maka barangsiapa yang mengingkari nama-nama Allah dan sifat-sifat-Nya atau menamakan Allah dan menyifati-Nya dengan nama-nama dan sifat-sifat makhluk-Nya, menta’wilkannya dari maknanya yang benar (haq), maka dia telah berbicara tentang allah tanpa ilmu dan berdusta terhadap Allah dan Rasul-Nya.

Allah s.w.t. berfirman:

هَؤُلاءِ قَوْمُنَا اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ آلِهَةً لَوْلا يَأْتُونَ عَلَيْهِمْ بِسُلْطَانٍ بَيِّنٍ فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا

Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah? (al-Kahfi 18: 15)

MANHAJ SALAF (PARA SAHABAT, TABI’IN DAN ULAMA PADA KURUN WAKTU YANG DIUTAMAKAN) DALAM HAL ASMA’ DAN SIFAT ALLAH


Iaitu mengimani dan menetapkannya sebagaimana ia datang tanpa tahrif (mengubah), ta’thil (menafikan), takyif (menanyakan bagaimana) dan tamtsil (menyerupakan), dan hal itu termasuk pengertian beriman kepada Allah.*

* Iman seperti ini juga dianut oleh Syeikh Abdul Qadir al-Jailani (wafat tahun 561 H.), lihat kitabnya “al-Fathur Rabbani wal Faidhur Rahmaniy”, cetakan al-Haramain, hal. 34, 61, 76, dan 303).

Imam Ahmad rahimahullah berkata, Allah tidak boleh disifati kecuali dengan apa yang disifati oleh-Nya untuk Diri-Nya atau apa yang sifatkan melalui Rasul-Nya, serta tidak boleh melampaui al-Qur’an dan al-Hadis. Mazhab (jalan/landasan) salaf menyifati Allah dengan apa yang Dia sifatkan untuk Diri-Nya dan dengan apa yang disifatkan melalui Rasul-Nya, tanpa tahrif dan ta’thil, takyif dan tamtsil.

Kita mengetahui bahawa apa yang Allah sifatkan untuk Diri-Nya adalah haq (benar), tidak mengandungi teka-teki dan tidak untuk dibongkar. Maknanya sudah dimengerti, sebagaimana maksud orang yang berbicara juga dimengerti dari pembicaraannya. Apalagi jika yang berbicara itu adalah Rasulullah, manusia yang paling mengerti dengan apa yang dia katakan, yang paling fasih dalam menjelaskan ilmu, dan paling baik serta mengerti dalam menjelaskan atau memberi petunjuk. Dan sekali pun demikian, tidaklah ada sesuatu yang menyerupai Allah. Tidak dalam Diri (Dzat)-Nya Yang Maha Suci yang disebut dalam asma’ dan sifat-Nya, juga tidak dalam perbuatan-Nya. Sebagaimana yang kita yakini bahawa Allah s.w.t. mempunyai Dzat, juga ad’al (perbuatan), maka begitu pula Dia benar-benar mempunyai sifat-sifat, tetapi tidak ada satu pun yang menyamai-Nya, juga tidak dalam perbuatan-Nya.

Setiap yang mengharuskan adanya kekurangan dan huduts* maka Allah s.w.t. benar-benar bebas dan Mahasuci dari hal tersebut. Sesungguhnya Allah adalah yang memiliki kesempurnaan yang sempurna, tidak ada batas ayas-Nya. Dan mustahil bagi Diri-Nya mengalami huduts, kerana mustahil bagi-Nya sifat ‘adam (tidak ada); sebab huduts mengharuskan adanya sifat ‘adam sebelumnya, dan kerana sesuatu yang baru pasti memerlukan muhdits (yang mengadakan), juga kerana Allah bersifat wajibul wujud binafsi (wajib ada dengan sendiri-Nya).

* Huduts ertinya baru, yang dahulunya tidak ada kemudian menjadi ada. Huduts adalah lawan kata dari qidam.

Madzhab salaf adalah antara ta’thil dan tamtsil. Mereka tidak menyamakan atau menyerupakan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhluk-Nya. Sebagaimana mereka tidak menyerupakan Dzat-Nya dengan dzat pada makhluk-Nya. Mereka tidak menafikan apa yang Allah sifatkan untuk diri-Nya, atau apa yang disifatkan oleh Rasul-Nya. Seandainya mereka menafikan, bererti mereka telah menghilangkan asma’ husna dan sifat-sifat-Nya yang ‘ulya (luhur), dan bererti mengubah kalam dari tempat yang sebenarnya, dan bererti pula mengingkari asma’ allah dan ayat-ayat-Nya. (Lihat Majmu’ Fatawa, 5/26-27)

ASMA’ HUSNA DAN SIFAT KESEMPURNAAN, SERTA PENDAPAT GOLONGAN SESAT DAN BANTAHANNYA


Pertama: ASMA’ HUSNA

وَلِلَّهِ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (asma’ul husna), maka serulah (dan berdoalah) kepadanya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-nama-Nya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan. (al-A’raaf 7: 180)

Ayat yang agung ini menunjukkan hal-hal berikut:

1 – Menetapkan nama-nama (asma’) untuk Allah s.w.t., maka siapa yang menafikannya bererti ia telah menafikan apa yang telah ditetapkan Allah dan juga bererti dia telah menentang Allah s.w.t.

2 – Bahawasanya asma’ Allah s.w.t. semuanya adalah husna. Maksudnya sangat baik. Kerana ia mengandungi makna dan sifat-sifat yang sempurna, tanpa kekurangan dan cacat sedikit pun. Ia bukanlah sekadar nama-nama kosong yang tidak bermakna atau tidak mengandungi erti.

3 – Sesungguhnya Allah meemrintahkan berdoa dan bertawassul kepada-Nya dengan nama-nama-Nya. Maka hal ini menunjukkan keagungan-Nya serta kecintaan Allah kepada doa yang disertai nama-nama-Nya.

4 – Bahawasanya Allah s.w.t. mengancam orang-orang yang ilhad dalam asma’-Nya dan Dia akan membalas perbuatan mereka yang buruk itu.

Ilhad menurut bahasa bererti “الميل” iaitu condong. Ilhad di dalam asma’ Allah bererti menyelewengkannya dari makna-makan agung yang dikandungnya kepada makna-makan batil yang tidak dikandungnya. Sebagaimana yang dilakukan orang-orang yang menta’wilkannya dari makna-makan sebenarnya kepada makna yang mereka ada-adakan.

Allah s.w.t. berfirman:

قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَنَ أَيًّا مَا تَدْعُوا فَلَهُ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", Yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama Yang baik serta mulia"... (al-Isra’ 17: 110)

Diriwayatkan, bahawa salah seorang musyrik mendengar baginda Nabi s.a.w. sedang mengucapkan dalam sujudnya, “Ya Allah, ya Rahman”, maka ia berkata, “Sesungguhnya Muhammad mengaku bahawa dirinya hanya menyembah satu Tuhan, sedangkan ia memohon kepada dua tuhan.” Maka Allah menurunkan ayat ini. Demikian seperti disebutkan oleh Ibnu Katheer. Maka Allah menyuruh hamba-hamba-Nya untuk memanjatkan doa kepada-Nya dengan menyebut nama-nama-Nya sesuai dengan keinginan-nya. Jika mreka mahu, mereka memanggil, “Ya Allah”, dan jika mereka menghendaki boleh memanggil, “Ya Rahman” dan seterusnya. Hal ini menunjukkan tetapnya nama-nama Allah dan bahawasanya masing-masing dari nama-Nya boleh digunakan untuk berdoa sesuai dengan maqam (keadaan) dan situasinya, kerana semuanya adalah husna.

Allah s.w.t. berfirman:

اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ لَهُ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى

Allah! Tiada Tuhan Yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah Segala nama Yang baik. (Thaha 20: 8)

هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Dia lah Allah, Yang menciptakan sekalian makhluk; Yang mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut Yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama Yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadanya Segala Yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. (al-Hasyr 59: 24)

Maka barangsiapa menafikan asma’ Allah bererti ia berada di atas orang-orang musyrik, sebagaimana firman Allah s.w.t.:

وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اسْجُدُوا لِلرَّحْمَنِ قَالُوا وَمَا الرَّحْمَنُ أَنَسْجُدُ لِمَا تَأْمُرُنَا وَزَادَهُمْ نُفُورًا

Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang musyrik itu): "Sujudlah kamu kepada Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah)!" mereka bertanya: "Dan siapakah Ar-Rahman itu? Patutkah Kami sujud kepada apa sahaja yang Engkau perintahkan kami?" dan perintah yang demikian, menjadikan mereka bertambah liar ingkar. (al-Furqan 25: 60)

كَذَلِكَ أَرْسَلْنَاكَ فِي أُمَّةٍ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهَا أُمَمٌ لِتَتْلُوَ عَلَيْهِمُ الَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَهُمْ يَكْفُرُونَ بِالرَّحْمَنِ قُلْ هُوَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ مَتَابِ

Demikianlah, Kami utuskan Engkau (Wahai Muhammad) kepada satu umat Yang telah lalu sebelumnya beberapa umat Yang lain, supaya Engkau membacakan kepada mereka Al-Quran Yang Kami wahyukan kepadaMu, sedang mereka kufur kepada (Allah) Ar-Rahman katakanlah: "Dia lah Tuhanku, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia. kepadaNyalah Aku berserah diri, dan kepadaNyalah tempat kembaliku (dan kamu semuanya)". (ar-Ra’d 13: 30)

Maksudnya, ini yang kalian kufuri adalah Tuhanku, aku meyakini rububiyah, uluhiyah, asma’ dan sifat-Nya. Maka hal ini menunjukkan bahawa rububiyah dan uluhiyah-Nya mengharuskan adanya asma’ dan sifat Allah s.w.t.. Dan juga, bahawasanya sesuatu yang tidak memiliki asma’ dan sifat tidaklah layak menjadi Rabb (Tuhan) dan Ilah (sesembahan).

Kedua: KANDUNGAN ASMA’ HUSNA ALLAH

Nama-nama yang mulia ini bukanlah sekadar nama kosong yang tidak mengandungi makna dan sifat, justeru ia adalah nama-nama yang menunjukkan kepada makna yang mulia dan sifat yang agung. Setiap nama menunjukkan kepada sifat, maka nama ar-Rahman dan ar-Rahim menunjukkan kepada sifat rahmah; as-Sami’ dan al-Bashir menunjukkan sifat mendengar dan melihat; al-‘Alim menunjukkan sifat ilmu yang luas; al-Karim menunjukkan sifat karam (dermawan dan mulia); al-Khaliq menunjukkan Dia menciptakan; dan ar-Razzaq menunjukkan Dia memberi rezeki dengan jumlah yang banyak sekali. Begitulah seterusnya, setiap nama dari nama-nama-Nya menunjukkan sifat dari sifat-sifat-Nya.

Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah berkata: “Setiap nama dari nama-nama-Nya menunjukkan kepada Dzat yang disebutnya dan sifat yang dikandungnya, seperti al-‘Alim menunjukkan Dzat dan ilmu, al-Qadir menunjukkan Dzat dan qudrah, ar-Rahim menunjukkan Dzat dan sifat rahmat.” (Lihat Majmu’ Fatawa, 13/333-334)

Ibnul Qayyim berkata, “Nama-nama Rabb s.w.t. menunjukkan sift-sifat kesempurnaan-Nya, kerana ia diambil dari sifat-sifat-Nya. Jadi ia adalah nama sekaligus sifat dan kerana itulah ia menjadi husna. Sebab andai kata ia hanyalah lafaz-lafaz yang tidak memiliki makna maka tidaklah disebut husna, juga tidak menunjukkan kepada pujian dan kesempurnaan. Jika demikian tentu diperbolehkan meletakkan nama intiqam (balas dendam) dan ghadhab (marah) pada tempat rahmat dan ihsan, atau sebaliknya. Sehingga boleh dikatakan, “Ya Allah sesungguhnya aku telah menzalimi diri sendiri, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya Engkau adalah al-Muntaqin (maha Membalas Dendam). Ya Allah anugerahilah aku, kerana sesungguhnya engkau adalah adh-Dhar (Yang Memberi Mudharat) dan al-Mani’ (Yang Menolak)...” dan yang seumpamanya. Lagi pula kalau tidak menunjukkan erti dan sifat, tentu tidak dibolehkan memberi khabar dengan masdar-masdar-nya dan tidak boleh menyifati dengannya. Tetapi kenyataannya Allah sendiri telah mengabarkan tentang Diri-Nya dengan masdar-masdar-Nya dan menetapkannya untuk Diri-Nya dan telah ditetapkan oleh Rasul-Nya untuk-Nya, sebagaimana firman Allah s.w.t.:

إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ

Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang mempunyai kekuasaan Yang tidak terhingga, lagi Yang Maha kuat kukuh kekuasaanNya. (adz-Dzariyat 51: 58)

Dari sini diketahui bahawa al-Qawiy adalah salah satu nama-nama-Nya yang bermakna “Dia Yang Mempunyai Kekuatan”. Begitu pula firman Allah:

فَلِلَّهِ الْعِزَّةُ جَمِيعًا

kerana bagi Allah jualah Segala kemuliaan. (Fathir 35: 10)

“العزيز” adalah “Yang Memiliki Izzah (kemuliaan)”. Seandainya tidak memiliki kekuatan dan izzah maka tidak boleh dinamakan “العزيز” dan “القوي”. Sampai akhirnya Ibnu Qayyim berkata: “...juga seandainya asma’-Nya tidak mengandungi makna dan sifat maka tidak boleh mengkhabari tentang Allah dengan fi’il (kata kerja) nya. Maka tidak boleh dikatakan “يسمع” (Dia mendengar), “يرى” (Dia melihat), "يعلم" (Dia mengetahui), “يقدر” (Dia berkuasa) dan “يريد” (Dia berkehendak). Kerana tetapnya hukum-hukum sifat adalah satu cabang dari ketetapan sifat-sifat itu. Jika pangkal sifat tidak ada maka mustahil adanya ketetapan hukumnya.” (Lihat Madarijus Salikin, 1/28-29)

Ketiga: PEMERHATIAN TERHADAP SIFAT-SIFAT ALLAH

Sifat-sifat Allah terbahagi menadi dua bahagian. Bahagian pertama, adalah sifat dzatiyah, iaitu sifat yang senantiasa melekat dengan-Nya. Sifat ini tidak berpisah dari DzatNya. Seperti “العلم” (ilmu(, “القدرة” (kekuasaan), “السمع” (mendengar), “البصر” (melihat), “العزة” (kemuliaan), “الحكمة” (hikmah), “العلو” (ketinggian), “العظمة” (keagungan), “الوجة” (wajah), “اليدين” (dua tangan), “العينين” (dua mata).

Bahagian kedua, adalah sifat fi’liyah. Iaitu sifat yang Dia perbuat jika berkehendak. Seperti, bersemayam di atas ‘Arsy, turun ke langit dunia ketika tinggal sepertiga akhir dari malam, dan datang pada hari kiamat.

Berikut ini kami sebutkan sejumlah sifat-sifat Allah dengan dalil dan keterangannya, apakah ia termasuk dzatiy atau fi’liy...

1 – al-Qudrah (Berkuasa)

Allah s.w.t. berfirman:

لِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَمَا فِيهِنَّ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Allah jualah Yang Menguasai alam langit dan bumi serta segala yang ada padanya; dan Dia lah jua yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (al-Ma’idah 5: 120)

إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (al-Baqarah 2: 20)

وَاضْرِبْ لَهُمْ مَثَلَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَاءٍ أَنْزَلْنَاهُ مِنَ السَّمَاءِ فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الأرْضِ فَأَصْبَحَ هَشِيمًا تَذْرُوهُ الرِّيَاحُ وَكَانَ اللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ مُقْتَدِرًا

Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (al-Kahfi 18: 45)

قُلْ هُوَ الْقَادِرُ عَلَى أَنْ يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عَذَابًا مِنْ فَوْقِكُمْ أَوْ مِنْ تَحْتِ أَرْجُلِكُمْ

Katakanlah: "Dia lah Yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu, (al-An’am 6: 65)

إِنَّهُ عَلَى رَجْعِهِ لَقَادِرٌ

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya (hidup semula sesudah mati), (at-Thariq 86: 8)

Dia telah menetapkan sifat qudrah, kuasa untuk melakukan apa saja yang dikehendakinya, sebagaimana Dia juga menafikan dari Diri-Nya sifat ‘ajz (lemah) dan lughub (letih).

Allah s.w.t. berfirman:

وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعْجِزَهُ مِنْ شَيْءٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلا فِي الأرْضِ إِنَّهُ كَانَ عَلِيمًا قَدِيرًا

(sudah tetap) Bahawa kekuasaan Allah tidak dapat dilemahkan atau dihalangi oleh sesuatupun sama ada di langit atau di bumi; Sesungguhnya ia adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. (Fathir 35: 44)

وَلَقَدْ خَلَقْنَا السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ وَمَا مَسَّنَا مِنْ لُغُوبٍ

Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya Dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah. (Qaff 50: 38)

Dia memiliki qudrah yang mutlak dan sempurna sehingga tidak ada sesuatu pun yang melemahkan-Nya. Tidaklah ada penciptaan makhluk dan pembangkitan mereka kembali kecuali bagaikan satu jiwa saja.

إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ

Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, maka Dia hanyalah berkata: " Jadilah!". maka terjadilah ia. (Yasin 36: 82)

Maka seluruh makhluk-Nya, baik yang di atas mahupun yang di bawah, menunjukkan kesempurnaan qudrah-Nya yang menyeluruh. Tidak ada satu partikel pun yang keluar dari kekuasaan-Nya. Cukuplah menjadi dalil bagi seorang hamba manakala ia melihat kepada penciptaan dirinya; bagaimanakah allah menciptakannya dalam bentuk yang paling baik, membelah baginya pendengaran dan penglihatannya, menciptakan untuknya sepasang mata, sebuah lisan dan sepasang bibir? Kemudian apabila ia melayangkan pandangannya ke seluruh jagat raya ini maka ia akan melihat berbagai keajaiban qudrah-Nya yang menunjukkan keagungan-Nya.

2 – al-Iradah (Berkehendak)

إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ مَا يُرِيدُ

Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa Yang ia kehendaki. (al-Ma’idah 5: 1)

إِنَّ اللَّهَ يَفْعَلُ مَا يُرِيدُ

Sesungguhnya Allah melakukan apa Yang dikehendaki-Nya. (al-Hajj 22: 16)

فَعَّالٌ لِمَا يُرِيدُ

Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendaki-Nya. (al-Buruj 85: 16)

إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ

Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, maka Dia hanyalah berkata: " Jadilah!". maka terjadilah ia. (Yasin 36: 82)

Ayat-ayat ini menetapkan iradah untuk Allah s.w.t. iaitu di antara sifat Allah yang ditetapkan oleh al-Qur’an dan as-sunnah. Ahlus sunnah wal Jama’ah menyepakati bahawa iradah itu ada du keadaan:

I – Iradah Kauniyah, sebagaimana yang terdapat di dalam ayat berikut:

فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلإسْلامِ وَمَنْ يُرِدْ أَنْ يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ كَذَلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ

Maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa Yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang Yang tidak beriman. (al-An’am 6: 125)

Iaitu iradah yang menjadi persamaan masyi’ah (kehendak Allah), tidak ada bezanya antara masyi’ah dan iradah kauniyah.

II – Iradah Syar’iyah, sebagaimana terdapat dalam ayat:

يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ

(dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. (al-Baqarah 2: 185)

Perbezaan antara keduanya ialah:

- Iradah kauniyah pasti terjadi, sedangkan iradah syar’iyah tidak harus terjadi; iaitu boleh terjadi, boleh juga tidak.

- Iradah kauniyah meliputi yang baik dan yang buruk, yang bermanfaat dan yang berbahaya bahkan meliputi segala sesuatu. Sedangkan iradah syar’iyah hanya terdapat pada yang baik dan yang bermanfaat saja.

- Iradah kauniyah tidak mengharuskan mahabbah (cinta Allah). Terkadang Allah menghendaki terjadinya sesuatu yang tidak Dia cintai, tetapi dari hal tersebut akan lahir sesuatu yang dicintai Allah. Seperti penciptaan Iblis dan segala yang jahat lainnya untuk tujuan ujian dan cubaan. Adapun iradah syar’iyah maka di antara kesan atau akibatnya adalah mahabbah Allah, kerana Allah tidak menginginkan dengannya kecuali sesuatu yang dicintai-Nya, seperti taat dan pahala.

3 – al-‘Ilmu (Ilmu)

Allah s.w.t. berfirman:

هُوَ اللَّهُ الَّذِي لا إِلَهَ إِلا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ

Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang mengetahui perkara Yang ghaib dan Yang nyata; (al-Hasyr 59: 22)

عَالِمِ الْغَيْبِ لا يَعْزُبُ عَنْهُ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلا فِي الأرْضِ

Demi Tuhanku yang mengetahui segala perkara yang ghaibdan yang nyata. Tiada tersembunyi dari pengetahuan-Nya barang seberat zarrah pun yang ada di langit atau di bumi... (Saba’: 3)

إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

"Sesungguhnya Allah mengetahui Segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha melihat akan Segala Yang kamu kerjakan". (al-Hujuraat 49: 18)

Yang dimaksudkan dengan yang ghaib adalah yang tidak diketahui manusia, tetapi Allah mengetahuinya.

إِنَّ اللَّهَ لا يَخْفَى عَلَيْهِ شَيْءٌ فِي الأرْضِ وَلا فِي السَّمَاءِ

Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadanya sesuatu pun Yang ada di bumi dan juga Yang ada di langit. (Ali Imran 3: 5)

Yang dimaksudkan dengan syahadah adalah apa yang disaksikan dan dilihat oleh manusia.

Allah s.w.t. berfirman:

وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ

sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki... (al-Baqarah 2: 255)

فَلا تَضْرِبُوا لِلَّهِ الأمْثَالَ إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ

Oleh itu, janganlah kamu mengadakan sesuatu Yang sebanding Dengan Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengetahui (setakat mana buruknya perbuatan syirik kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya. (an-Nahl 16: 74)

Di antara dalil yang menunjukkan atas ilmu-Nya yang luas adalah firman Allah s.w.t.:

لِتَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا

...(berlakunya Yang demikian) supaya kamu mengetahui Bahawa Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan Bahawa Sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmunya akan tiap-tiap sesuatu. (at-Thalaq 65: 12)

Di antara dalilnya yang lain ialah hasil ciptaan-Nya yang sangat teliti dan sempurna. Allah s.w.t. berfirman:

أَلا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ

“Apakah Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu lahirkan dan rahsiakan)...? (al-Mulk 67: 14)

Kerana mustahil boleh menciptakan benda-benda di alam ini dengan sangat teliti dan sempurna kalau bukan Yang Maha Mengetahui. Yang tidak mengetahui dan tidak mempunyai ilmu tidak mungkin menciptakan sesuatu, seandainya ia menciptakan tentu tidak akan teliti dan sempurna. Allah s.w.t. berfirman:

وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لا يَعْلَمُهَا إِلا هُوَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِنْ وَرَقَةٍ إِلا يَعْلَمُهَا

Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan Segala Yang ghaib, tiada sesiapa Yang mengetahui-Nya melainkan Dia lah sahaja; dan ia mengetahui apa Yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan ia mengetahuinya... (al-An’am 6: 59)

يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَيَعْلَمُ مَا تُسِرُّونَ وَمَا تُعْلِنُونَ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

Dia mengetahui Segala Yang ada di langit dan di bumi; dan ia mengetahui Segala Yang kamu rahsiakan serta Yang kamu zahirkan; dan Allah sentiasa mengetahui Segala (isi hati) Yang terkandung di Dalam dada; (at-Taghabun 64: 4)

Dan masih banyak lagi ayat-ayat berkenaan masalah ini.

Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah berkata, “Kaum muslimin memahami, sesungguhnya Allah mengethui segala sesuatu sebelum benda-benda itu ada dengan ilmu-Nya dan qadim azaliy yang merupakan salah satu dari sifat Diri-Nya yang Mahasuci. Dan Dia tidak mengambil ilmu tentang benda itu dari benda itu sendiri.”

أَلا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ

“Apakah Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu lahirkan dan rahsiakan)...? (al-Mulk 67: 14)

4 – al-Hayat (Hidup)

Iaitu sifat dzatiyah yang tetap untuk Allah, kerana Allah bersifat dengan ‘ilmu, qudrat dan iradat, sedangkan sifat-sifat itu tidaklah ada kecuali dari yang hidup. Allah s.w.t. berfirman:

اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). (al-Baqarah 2: 255)

هُوَ الْحَيُّ لا إِلَهَ إِلا هُوَ فَادْعُوهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Dia lah Yang tetap hidup; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; maka Sembahlah kamu akan Dia Dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadanya semata-mata. Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (al-Mu’min 40: 65)

وَتَوَكَّلْ عَلَى الْحَيِّ الَّذِي لا يَمُوتُ وَسَبِّحْ بِحَمْدِهِ وَكَفَى بِهِ بِذُنُوبِ عِبَادِهِ خَبِيرًا

Dan berserahlah Engkau kepada Allah Tuhan Yang hidup, Yang tidak mati; serta bertasbihlah Dengan memujiNya; dan cukuplah ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya; (al-Furqan 25: 58)

Ayat-ayat di atas menetapkan sifat hayat bagi Allah. Dan bahawa al-Hayatul Qayyum adalah “al-Ismul A’zham” (nama yang paling agung) yang jika Allah dipanggil dengannya pasti Dia mengabulkan, jika Dia dimintai engannya pasti Dia memberi; kerananya hayat menunjukkan kepada seluruh sifat-sifat dzatiyah, dan qayyum menunjukkan kepada seluruh sifat-sifat fi’liyah. Jadi seluruh sifat kembali kepada dua nama yang agung ini. Bagi-Nya adalah kehidupan yang sempurna; tidak ada kematian, tidak ada kekurangan, tidak ada mengantuk dan tidak ada tidur. Dialah al-Qayyum, yang menegakkan yang lain dengan memberinya sebab-sebab kelangsungan dan kebaikan.

5 – as-Sam’u (Mendengar) dan al-Bashar (Melihat)

Keduanya adalah termasuk kepada sifat dzatiyah Allah. Allah menyifati Diri-Nya dengan kedua-duanya dalam banyak ayat, seperti firman-Nya:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Tiada sesuatupun Yang serupa Dengan Dia, dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (as-Syura 42: 11)

إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (an-Nisa’: 58)

قَالَ لا تَخَافَا إِنَّنِي مَعَكُمَا أَسْمَعُ وَأَرَى

Allah berfirman: "Janganlah kamu takut, Sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu; Aku mendengar dan melihat segala-galanya. (Thaha 20: 46)

Pendengaran Allah s.w.t. menangkap semua suara, baik yang keras mahupun perlahan, mendengar semua suara dengan semua bahasa dan dapat membezakan semua keperluan masing-masing. Satu pendengaran tidak mengganggu pendengaran yang lain. Pelbagai macam bahasa dan suara tidaklah membuat samar bagi-Nya. Allah s.w.t. berfirman:

قَدْ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَ الَّتِي تُجَادِلُكَ فِي زَوْجِهَا وَتَشْتَكِي إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ يَسْمَعُ تَحَاوُرَكُمَا إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ بَصِيرٌ

Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan Yang bersoal jawab denganmu (Wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara Yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (al-Mujadalah 58: 1)

أَمْ يَحْسَبُونَ أَنَّا لا نَسْمَعُ سِرَّهُمْ وَنَجْوَاهُمْ

Patutkah mereka menyangka Bahawa Kami tidak mendengar apa Yang mereka sembunyikan (di Dalam hati) dan apa Yang mereka perkatakan (dengan berbisik) sesama sendiri? (az-Zukhruf 43: 80)

Sebagaimana Allah juga melihat segala sesuatu, dan tidak ada sesuatu pun yang menutupi penglihatan-Nya. Allah s.w.t. berfirman:

أَلَمْ يَعْلَمْ بِأَنَّ اللَّهَ يَرَى

Tidakkah ia mengetahui Bahawa Sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)? (al-‘Alaq 96: 14)

الَّذِي يَرَاكَ حِينَ تَقُومُ (٢١٨)وَتَقَلُّبَكَ فِي السَّاجِدِينَ

Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang), dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang Yang sujud. (as-Syu’ara 26: 218-219)

وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Dan katakanlah (Wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan Segala Yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman akan melihat apa Yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara Yang ghaib dan Yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa Yang kamu telah kerjakan". (at-Taubah 9: 105)

إِنَّ اللَّهَ لا يَخْفَى عَلَيْهِ شَيْءٌ فِي الأرْضِ وَلا فِي السَّمَاءِ

Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadanya sesuatu pun Yang ada di bumi dan juga Yang ada di langit. (Ali Imran 3: 5)

Yang tidak mendengar dan melihat tidak layak untuk menjadi Tuhan. Allah s.w.t. menceritakan tentang Ibrahim a.s. yang berbicara kepada bapanya sebagai protes atas penyembahan mereka terhadap berhala.

إِذْ قَالَ لأبِيهِ يَا أَبَتِ لِمَ تَعْبُدُ مَا لا يَسْمَعُ وَلا يُبْصِرُ وَلا يُغْنِي عَنْكَ شَيْئًا

Ketika ia berkata kepada bapanya:" Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda Yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikitpun? (Maryam 19: 42)

قَالَ هَلْ يَسْمَعُونَكُمْ إِذْ تَدْعُونَ

Nabi Ibrahim bertanya: "Adakah berhala-berhala itu mendengar kamu semasa kamu menyerunya? (asy-Syu’ara 26: 72)

6 - Al-Kalam (Berbicara)

Di antara sifat Allah yang dinyatakan oleh al-Qur’an, as-sunnah, ijma; para sahabat (dan salaf) serta para imam adalah al-Kalam. Sesungguhnya allah s.w.t. berbicara sebagaimana yang Dia kehendaki; bila Dia menghendaki dan dengan apa Dia kehendaki, dengan suatu kalam (perbicaraan) yang boleh didengar. Allah s.w.t. berfirman:

وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللَّهِ حَدِيثًا

...dan siapakah pula Yang lebih benar perkataannya daripada Allah? (an-Nisa’ 4: 87)

وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللَّهِ قِيلا

...dan siapakah Yang lebih benar perkataannya daripada Allah? (an-Nisa’ 4: 122)

وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَى تَكْلِيمًا

...dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa Dengan langsung. (an-Nisa’ 4: 164)

مِنْهُمْ مَنْ كَلَّمَ اللَّهُ

...di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya... (al-Barah 2: 253)

إِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَى

(Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa... (Ali Imran 3: 55)

وَنَادَيْنَاهُ مِنْ جَانِبِ الطُّورِ الأيْمَنِ وَقَرَّبْنَاهُ نَجِيًّا

dan Kami telah menyerunya dari arah sebelah kanan Gunung Tursina, dan Kami dampingkan Dia Dengan diberi penghormatan berkata Dengan kami. (Maryam 19: 52)

وَإِذْ نَادَى رَبُّكَ مُوسَى أَنِ ائْتِ الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu menyeru Nabi Musa: "Hendaklah Engkau mendatangi kaum Yang zalim... (asy-Syu’ara 26: 10)

وَيَوْمَ يُنَادِيهِمْ فَيَقُولُ أَيْنَ شُرَكَائِيَ الَّذِينَ كُنْتُمْ تَزْعُمُونَ

Dan pada hari (kiamat itu) Allah menyeru mereka lalu bertanya:" mana Dia sekutu-sekutuKu, Yang kamu anggap mereka (menjadi Tuhan dan dapat memberikan pertolongan)?" (al-qashah 28: 62)

حَتَّى يَسْمَعَ كَلامَ اللَّهِ

...maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu)... (at-Taubah 9: 6)

وَقَدْ كَانَ فَرِيقٌ مِنْهُمْ يَسْمَعُونَ كَلامَ اللَّهِ

padahal Sesungguhnya telah ada segolongan dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat)... (al-Baqarah 2: 75)

Semua ayat ini menetapkan sifat hadis (ucapan), qaul (perkataan), kalam (pembicaraan), nida’ (seruan), dan munajat.semuanya adalah termasuk jenis kalam yang tetap bagi Allah sesuai dengan keagungan-Nya.

Kala Allah termasuk sifat dzatiyah, kerana terus menyertai Allah dan tidak pernah berpisah dari-Nya. Juga termasuk sifat fi’liyah, kerana berkaitan dengan masyi’ah dan qudrah-Nya. Allah s.w.t. juga menyebutkan bahawa yang tidak boleh berbicara sudah pasti tidak boleh menjadi Tuhan. Allah s.w.t. berfirman:

وَاتَّخَذَ قَوْمُ مُوسَى مِنْ بَعْدِهِ مِنْ حُلِيِّهِمْ عِجْلا جَسَدًا لَهُ خُوَارٌ أَلَمْ يَرَوْا أَنَّهُ لا يُكَلِّمُهُمْ وَلا يَهْدِيهِمْ سَبِيلا اتَّخَذُوهُ وَكَانُوا ظَالِمِينَ

Dan kaum Nabi Musa, sesudah ia (pergi ke Gunung Tursina), mereka membuat dari barang-barang emas perhiasan mereka, (patung) anak lembu yang bertubuh dan bersuara. (Allah berfirman): "Tidakkah mereka memikirkan bahawa patung itu tidak dapat berkata-kata dengan mereka dan tidak dapat juga menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (berhala yang disembah) dan sememangnya mereka adalah orang-orang yang melakukan kezaliman". (al-A’raaf 7: 148)

Kalam adalah sifat kesempurnaan, sedangkan bisu adalah sifat kekurangan. Dan Allah memiliki sifat kesempurnaan, suci dari sebarang kekurangan.

7 – al-Istawa’ ‘Alal ‘Arsy (Bersemayam Di Atas ‘Arsy)

Ia adalah termasuk sifat fi’liyah. Allah s.w.t. mengkhabarkan bahawa Dia bersemayam di atas ‘arsy, pada tujuh tempat di dalam kitab-Nya.

Pertama; di dalam surah al-A’raaf:

إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa lalu ia bersemayam di atas Arasy; (al-A’raaf 7: 54)

Kedua; di dalam surah Yunus:
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menjadikan langit dan bumi Dalam enam masa kemudian ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan Segala urusan. (Yunus 10: 3)

Ketiga; di dalam surah ar-Ra’d:

اللَّهُ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ

Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian ia bersemayam di atas Arasy; (ar-Ra’d 13: 2)

Keempat; di dalam surah Thaha:

الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy. (Thaha 20: 5)

Kelima; di dalam surah al-Furqan:

الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ الرَّحْمَنُ

Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya, Dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy, Dialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); (al-Furqan 25: 59)

Keenam; di dalam surah as-Sajdah 32: 4)

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ


Allah Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya Dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy; (as-Sajdah 32: 4)

Ketujuh; pada surah al-Hadid:

هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ

Dia lah Yang telah menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy; (al-Hadid 57: 4)

Dalam ketujuh-tujuh ayat ini, lafaz istawa’ datang datang dalam bentuk dan lafaz yang sama. Maka hal ini menyatakan bahawa yang dimaksudkan adalah maknanya dengan makna yang hakiki yang tidak menerima ta’wil, iaitu ketinggian dan keluhuran-Nya di atas ‘arsy. Istawa’ mempunyai empat makna: irfa’ (tinggi), uluw (luhur), shu’ud (naik) dan istigrar (menetap dan bertahkta). Ini disebutkan oleh Ibnul Qayyim dari para salaf)

‘Arsy menurut bahasa Arab adalah singgahsana untuk raja. Sedangkan yang dimaksudkan dengan ‘arsy di sini adalah singgahsana yang mempunyai beberapa kaki yang dipikul oleh malaikat, ia merupakan atap bagi semua makhluk. Sedangkan bersemayamnya Allah di atasnya (‘arsy) ialah yang sesuai dengan keagungan-Nya. Kita tidak mengetahui kaifiyah (cara-nya), sebagaimana kaifiyah sifat-sifat-Nya yang lain. Akan tetapi kita hanya menetapkannya sesuai dengan apa yang kita fahami dari maknanya dalam bahasa arab, sebagaimana sifat-sifat lainnya, kerana memang al-Qur’an diturunkan dengan bahasa Arab.

وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا

Dan Dia lah Yang menjadikan langit dan bumi Dalam masa, sedang "ArasyNya, berada di atas air (ia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: (Hud 11: 7)

وَالْمَلَكُ عَلَى أَرْجَائِهَا وَيَحْمِلُ عَرْشَ رَبِّكَ فَوْقَهُمْ يَوْمَئِذٍ ثَمَانِيَةٌ

Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Tuhanmu di atas (kepala) mereka. (al-Haqqah 69: 7)

8 – al-‘Uluw (Tinggi) dan al-Fawqiyah (Di Atas)

Dua sifat Allah yang termasuk dzatiyah adalah ketinggian-Nya di atas makhluk dan Dia di atas mereka. Allah s.w.t. berfirman:

وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

...dan Dia lah Yang Maha tinggi, lagi Maha besar. (al-Baqarah 2: 255)

سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأعْلَى

Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha tinggi. (al-A’la 87: 1)

ءأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ

Patutkah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit. (al-Mulk 67: 16)

Maksudnya “Dzat yang di atas langit” apabila yang dimaksud dengan sama’ (dalam ayat tersebut) adalah langit, atau “Dzat yang di atas” jika yang dimaksud dengan sama’ adalah sesuatu yang ada di atas. Sebagaimana Dia menggambarkan tentang diangkatnya apa-apa kepada-Nya:

إِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَى إِنِّي مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ إِلَيَّ

"Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu Dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu... (Ali Imran 3: 55)

بَلْ رَفَعَهُ اللَّهُ إِلَيْهِ وَكَانَ اللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا

Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadanya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (an-Nisa’ 4: 158)

إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ

Kepada Allah lah naiknya Segala perkataan Yang baik... (Fathir 35: 10)

تَعْرُجُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ

Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan... (al-Ma’arij 70: 4)

‘Uruj dan shu’ud adalah naik. Dalil-dalil semacam ini menunjukkan kepada ‘uluw (ketinggian) Allah di atas makhluk-Nya. Begitu pula fawqiyah-Nya ditetapkan oleh bebagai dalil, di antaranya adalah firman Allah s.w.t.:

وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْخَبِيرُ

Dan Dia lah Yang berkuasa atas sekalian hambaNya; dan Dia lah Yang Maha Bijaksana serta amat mendalam pengetahuanNya. (al-An’am 6: 18)

يَخَافُونَ رَبَّهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Mereka takut kepada Tuhan mereka Yang mengatasi mereka (dengan kekuasaanNya), serta mereka mengerjakan apa Yang diperintahkan. (an-Nahl 16: 50)

Perbezaan antara ‘uluw dan istawa’ adalah bahawasanya ‘uluw adalah sifat dzat, sedangkan istawa’ adalah sifat fi’il. ‘Uluw mempunyai tiga makna:

- ‘Uluwudz-Dzat (Dzat-Nya di atas makhluk)
- ‘Uluwudz-Qahr (Kekuatan-Nya di atas makhluk)
- ‘Uluwul-Qahr (Kekuasaan-Nya di atas makhluk)

Kesemuanya itu adalah sifat yang benar untuk Allah s.w.t.

9 – al-Ma’iyyah (Kebesarsamaan)

Ia adalah sifat yang tetap bagi Allah berdasarkan dalil yang banyak sekali. Allah s.w.t. berfirman:

لا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا

"Janganlah Engkau berdukacita, Sesungguhnya Allah bersama kita". (at-Taubah 9: 40)

وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha melihat akan apa Yang kamu kerjakan. (al-Hadid 57: 4)

قَالَ لا تَخَافَا إِنَّنِي مَعَكُمَا أَسْمَعُ وَأَرَى

Allah berfirman: "Janganlah kamu takut, Sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu; Aku mendengar dan melihat segala-galanya. (Thaha 20: 46)

Dalil-dalil di atas menunjukkan (menetapkan) bahawa Allah s.w.t. selalu bersama hamba-Nya, di mana pun mereka berada.

Erti Ma’iyah:

Ma’iyah Allah terhadap makhluk-Nya ada dua jenis:

1 – Ma’iyah umum bagi semua makhluk-Nya. Maksudnya, pengetahuan Allah terhadap amal perbuatan hamba-hamba-Nya, gerakan yang zhahir dan batin, perhitungan amal dan pengawasan terhadap mereka. Tidak ada sesuatu pun dari mereka yang lepas dari pengawasan Allah di mana pun mereka berada. Allah s.w.t. berdirman:

وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha melihat akan apa Yang kamu kerjakan. (al-Hadid 57: 4)

2 – Ma’iyah khusus untuk orang-orang mukmin. Maknanya, pengawasan dan pengetahuan Allah terhadap mereka, serta pertolongan, dukungan dan penjagaan Allah untuk mereka dari tipu muslihat musuh-musuh mereka.

قَالَ لا تَخَافَا إِنَّنِي مَعَكُمَا أَسْمَعُ وَأَرَى

Allah berfirman: "Janganlah kamu takut, Sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu; Aku mendengar dan melihat segala-galanya. (Thaha 20: 46)

لا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا

"Janganlah Engkau berdukacita, Sesungguhnya Allah bersama kita". (at-Taubah 9: 40)

Catatan Penting!

Dari huraian di atas, jelaslah makna Ma’iyah allah terhadap hamba-Nya bukan bererti “Allah bercampur dengan mereka melalui Dzat-Nya”, Mahasuci Allah dari hal tersebut, kerana hal itu adalah “madzhab hululiyah”* yang sesat, batil dan kufur. Kerana Allah di atas para hamba-Nya dan Mahatinggi di atas mereka, tidak bercampur Dzat-Nya dengan mereka, bersemayam di atas ‘arsy-Nya dan Dia bersama mereka dengan ilmu-Nya, mengetahui segala hal ehwal mereka, mengawasi mereka dan tidak sedikit pun boleh menghilang atau mengelak dari pandangan Allah.

* (“madzhab hululiyah” = fahaman yang mengatakan bahawa Tuhan (Allah) itu menyatu pada diri sebahagian makhluk seperti fahaman Nasrani tentang Isa a.s. atau pada setiap makhluk, fahaman ini dikenali dengan Ittihadiyah atau Wihdatul Wujud (kesatuan dalam kewujudan), yang menganggap wujud yang haq hanya satu iaitu allah, sedangkan alam dan seisinya adalah (termasuk pelbagai haiwan, tumbuhan, langit dan bumi...) adalah penjelmaan Allah atau Allah menyatu pada diri haiwan-haiwan (makhluk-makhluk) tersebut. Ini adalah madzhab sesat dan kufur, yang di-anuti oleh golongan Jahmiyah dan diikuti oleh Ibnu Arab (638H), Ibnu Sab’in, al-Hallaj, Ibnu Faridn, al-Tilmisani, al-Balyani, dan lain-lain yang seumpamanya)

Ma’iyah dapat digunakan untuk kebersamaan yang mutlak, sekali tidak ada sentuhan atau percampuran. Anda mengatakan, “متا عى معى” (barang/harta saya ada bersama saya). Padahal harta tersebut ada di atas kepala anda atau di atas kenderaan anda atau di atas kuda anda. Anda mengatakan, “Kami terus saja berjalan, dan rembulan bersama kami”, padahal dia ada di langit, akan tetapi ia tetap menerangi dan tidak hilang dari pandangan anda, sedang yang sampai hanyalah cahaya dan penerangannya saja.

10 – al-Hubb (Cinta) Dan ar-Ridha (Redha)

Ia adalah dua sifat yang tetap bagi Allah dan termasuk sifat fi’iliyah. Allah s.w.t. berfirman:

لَقَدْ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ

Demi sesungguhnya! Allah redha akan orang-orang yang beriman... (al-Fath 48: 18)

رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Allah reda akan mereka dan mereka pula redha akan dia. itulah kejayaan Yang amat besar". (al-Ma’idah 5: 119)

وَكَمْ مِنْ مَلَكٍ فِي السَّمَاوَاتِ لا تُغْنِي شَفَاعَتُهُمْ شَيْئًا إِلا مِنْ بَعْدِ أَنْ يَأْذَنَ اللَّهُ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَرْضَى

Dan berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa Yang dikehendaki-Nya dan diredhai-Nya. (an-Najm 53: 26)

فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ

maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah kasihkan mereka dan mereka juga mencintai-Nya... (al-Ma’idah 5: 54)

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. (al-Baqarah 2: 222)

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (al-Baqarah 2: 195)

Dalam ayat-ayat ini terdapat ketetapan adanya sifat mahabbah dan redha bagi Allah. Bahawasanya dia mencintai sebahagian manusia dan meredhai mereka. Dan dia mencintai sebahagian amal dan akhlak, iaitu cinta dan redha yang hakiki yang sesuai dengan keagungan-Nya yang Maha suci. Tidak seperti cintanya makhluk untuk makhluk atau redhanya. Di antara buah cinta dan redha ini ialah terwujudnya taufiq dan pemuliaan serta pemberian nikmat kepada hamba-hamba-Nya yang Dia cintai dan Dia redhai. Dan bahawa terwujudnya cinta dan redha di antaranya adalah taqwa, ihsan, dan ittiba’ kepada Rasulullah s.a.w.. Allah s.w.t. berfirman:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Ali Imran 3: 31)

ولا يزال عبدى يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه

“Dan sesungguhnya hamba-Ku mendekat kepada-Ku dengan melaksanakan ibadah-ibadah “sunnah” sehingga Aku mencintainya.” (Hadis Qudsi Riwayat Bukhari)

11 – as-Sukhtu (Murka) Dan al-Karahiyah (Benci)

Sebagaimana allah mencintai hamba-Nya yang mukmin dan meredhainya, maka Dia juga memurkai orang-orang kafir dan munafik, membenci mereka dan membenci amal perbuatan mereka.

Allah s.w.t. berfirman:

لَبِئْسَ مَا قَدَّمَتْ لَهُمْ أَنْفُسُهُمْ أَنْ سَخِطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ

Sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka... (al-Ma’idah 5: 80)

وَلَكِنْ كَرِهَ اللَّهُ انْبِعَاثَهُمْ فَثَبَّطَهُمْ

...tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkan-Nya semangat mereka... (at-Taubah 9: 46)

Murka dan benci adalah dua sifat yang tetap bagi Allah sesuai dengan keagungan-Nya. Di antara dampak dari keduanya adalah terjadinya pelbagai musibah dan siksaan terhadap orang-orang yang dimurkai-Nya dan dibenci perbuatannya.

12 – al-Wajhu (Wajah), al-Yadaani (Dua Tangan) Dan al-‘Ainaani (Dua Mata)

Ini adalah sifat-sifat dzatiyah Allah sesuai dengan keagungan-Nya. Allah s.w.t. berfirman:

وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلالِ وَالإكْرَامِ

Dan tetap kekalah Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan Kemuliaan (ar-Rahman 55: 27)

وَلا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ لا إِلَهَ إِلا هُوَ كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلا وَجْهَهُ لَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ (٨٨)

Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Wajah Allah... (al-Qashah 28: 88)

Dua ayat tersebut menekankan wajah untuk Allah. Kita menetapkannya untuk Allah s.w.t. sesuai dengan keagungan-Nya sebagaimana Dia sendiri menetapkan untuk-Nya. Dan Allah s.w.t. berfirman:

بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنْفِقُ كَيْفَ يَشَاءُ

(Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah sentiasa terbuka Dia menafkahkan sebagaimana yang Dia kehendaki... (al-Ma’idah 5: 64)

قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنْتَ مِنَ الْعَالِينَ (٧٥)

...apakah yang menghalangmu daripada sujud kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kedua tangan-Ku... (Shaad 38: 75)

Dua ayat tersebut menetapkan dua tangan Allah s.w.t. Dan Allah s.w.t. berfirman:

فَإِنَّكَ بِأَعْيُنِنَا

...maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami... (at-Thur 52: 48)

Maksudnya adalah “berada dalam penglihatan dan penjagaan Kami”.

تَجْرِي بِأَعْيُنِنَا

Yang belayar laju dengan pemeliharaan kami... (al-Qamar 54: 14)

Maksudnya adalah “dalam penglihatan Kami dan di bawah pemliharaan Kami”.

وَلِتُصْنَعَ عَلَى عَيْنِي

...dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasan-Ku. (Thaha 20: 39)

Disebutkan lafaz ‘ain (mata) dan a’yun (beberapa mata) sesuai dengan apa yang disandarkan kepadanya, berbentuk tunggal atau jamak sesuai dengan ketentuan bahasa Arab.

Dan disebutkan dalam sunnah yang suci sesuatu yang menunjukkan makna tatsiniyah (dua). Rasul s.a.w. bersabda bersabda ketika menyifati Dajjal yang mengaku sebagai tuhan,

أنه أعو، وإن ربكم ليس بأعور

“Sesungguhnya dia adalah buta sebelah, dan sesungguhnya Tuhanmu tidaklah buta sebelah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ini jelas, bahawa maksudnya bukanlah menetapkan satu mata, kerana mata sebelah jelas cacat (buta). Maha Suci dari hal yang demikian. Maka dalam ayat-ayat dan hadits tersebut terdapat penetapan terhadap dua mata bagi Allah, sesuai dengan apa yang layak bagi keagungan-Nya sebagaimana sifat-sifat-Nya yang lain.

13 – al-‘Ajab (Hairan) dan Tertawa

Ia adalah sifat yang tetap bagi Allah s.w.t. sesuai dengan apa yang disandarkan dengan keagungan-Nya, sebagaimana yang ada dalam bebrapa nas-nas sahih dan sharih (jelas). Rasulullah s.a.w. bersabda:

عجب ربنا من قنوط عباده وقرب غيره ينظرإليكم أزلين قنطين فيظل يضحك يعلم أن فرجكم قريب

“Tuhan kita merasa hairan terhadap keputusan asa-an hamba-hamba-Nya padahal telah dekat perubahan (keadaan dari kesulitan kepada kemudahan) oleh-Nya. Dia melihat kepadamu dalam keadaan sempit (susah) dan berputus asa. Dia pun tertawa, Dia mengetahui bahawa pertolongan-Nya untukmu adalah dekat.” (Hadis Riwayat Ahmad dan lain-lainnya)

Dalam hadis ini terdapat sifat hairan dan tertawa, iaitu dua sifat Allah dari sifat-sifat fi’iliyah-Nya sebagaimana sifat-sifat-Nya yang lain. Tidaklah kehairanan-Nya sama dengan kehairanan makhluk, dan tidaklah pula tertawa-Nya sama dengan tertawanya makhluk. Tidak ada sesuatu yang menyamai-Nya.

14 – al-Ityan dan al-Maji’ (Datang)

Keduanya adalah sifat fi’iliyah Allah s.w.t. Dia berfirman:

كَلا إِذَا دُكَّتِ الأرْضُ دَكًّا دَكًّا، وَجَاءَ رَبُّكَ وَالْمَلَكُ صَفًّا صَفًّا

Jangan sekali-kali bersikap demikian! Apabila bumi digoncangkan berturut-turut, dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah). (al-Fajr 89: 21-22)

هَلْ يَنْظُرُونَ إِلا أَنْ يَأْتِيَهُمُ اللَّهُ فِي ظُلَلٍ مِنَ الْغَمَامِ وَالْمَلائِكَةُ وَقُضِيَ الأمْرُ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الأمُورُ

Tiada yang mereka nanti-nantikan melainkan datangnya Allah dan malaikat (pada hari kiamat) dalam naungan awan... (al-Baqarah 2: 210)

هَلْ يَنْظُرُونَ إِلا أَنْ تَأْتِيَهُمُ الْمَلائِكَةُ أَوْ يَأْتِيَ رَبُّكَ

Mereka tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat (untuk mencabut nyawa mereka), atau kedatangan Tuhanmu, atau kedatangan sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu... (al-An’am 6: 158)

Ayat-ayat tersebut menetapkan sifat ityan dan maji’ bagi allah s.w.t. iaitu datang dengan dzat-Nya secara sebenarnya untuk memutuskan hukum anatara hamba-hamba-Nya pada hari kiamat, sesuai dengan keagungan-Nya. Sifat datang dan mendatangi itu tidak sama dengan sifat makhluk. Maha Suci Allah dengan hal itu.

15 – al-Farah (Gembira)

Al-Farah adalah sifat yang tetap bagi Allah. Ia merupakan salah satu sifat fi’iliyah-Nya yang sesuai dengan keagungan-Nya. Dalam hadis sahih, Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawasanya Allah sangat bergembira kerana taubat seorang hamba-Nya. Beliau s.a.w. bersabda:

الله أشد فرحا بتوبلة عبده من أحد كم براحلته

“Allah amat gembira dengan taubat hambanya melebihi kegembiraan salah seorang dari kalian yang telah menemukan kenderaannya kembali.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kegembiraan Allah ini adalah kegembiraan berbuat baik dan sayang, bukan kegembiraan seorang yang memerlukan kepada taubat hamba-Nya yang boleh diambil manfaatnya. Kerana sesungguhnya Allah maha Kaya, tidak memerlukan ketaatan hamba-Nya. Akan tetapi Dia bergembira untuk itu kerana kebaikan-Nya, sayang-Nya dan anugerah-Nya kepada hamba-Nya yang mukmin; sebab Dia mencintai dan menginginkan kebaikan serta keselamatan hamba dari siksaan-Nya.

Ke-Empat: PENDAPAT-PENDAPAT GOLONGAN SESAT TENTANG SIFAT-SIFAT INI BERSERTA BANTAHANNYA

Golongan-golongan sesat seperti Jahmiyah, Muktazilah, dan Asya’irah menyalahi pegangan ahlus sunnah wal jama’ah dalam hal sifat-sifat Allah. Mereka menafikan sifat-sifat Allah atau menafikan banyak sekali dari sifat-sifat itu atau menta’wil-kan nas-nas yang menetapkannya dengan ta’wil yang batil. Syubhat (keraguan, kerancuan) mereka dalam hal ini adalah mereka mengira bahawa penetapan dalam sifat-sifat ini menimbulkan adanya tasybih (penyerupaan Allah dengan lain-Nya). Oleh kerana sifat-sifat ini juga terdapat pada makhluk maka penetapan-nya untuk Allah pun menimbulkan penyerupaan-Nya dengan makhluk. Kerana itu harus dinafikan (menurut mereka) atau harus dita’wilkan dari zahirnya, atau tafwidh (menyerahkan) makna-makna-nya kepada allah s.w.t. demikianlah madzhab mereka dalam sifat-sifat Allah, dan inilah syubhat dan sikap mereka terhadap nas-nas yang ada.

BUAH TARBIYAH TAUHID ASMA’ WA SIFAT PADA DIRI INDIVIDU DAN MASYARAKAT
Sesungguhnya iman dengan asma’ dan sifat Allah sangatlah berpengaruh baik bagi perilaku individu mahupun jama’ah dalam mu’amalah-nya dengan Allah dan dengan makhluk.

Pengaruhnya Dalam Bermua’amalah Dengan Allah

1 – Jika seseorang mengetahui asma’ dan sifat-Nya, juga mengetahui madlul (erti dan maksud)nya secara benar, maka yang demikian itu akan memperkenalkannya dengan Rabb-nya berserta keagungan-Nya. Sehingga ia tunduk dan khusyu’ kepada-Nya, takut dan mengharapkan-Nya, tunduk dan memohon kepada-Nya seta bertwassul kepada-Nya dengan nama-nama dan sifat-sifat-Nya. Sebagaimana Allah s.w.t. berfirman:

وَلِلَّهِ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Dan Allah memiliki nama-nama yang baik (asma’ul husna), maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang Yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-nama-Nya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa Yang mereka telah kerjakan. (al-A’raaf 7: 180)

2 – Jika ia mengetahui bahawa Rabb-nya sangat dasyat ‘azab-nya. Dia boleh murkan, Maha Kuat, Maha Perkasa, dan Maha Kuasa melakukan apa sahaja yang dikehendaki, Dia Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala sesuatu yang tidak satu pun terlepas dari ilmu-Nya, maka hal itu akan membuatnya ber-muraqabah (merasa diawasi Allah), takut dan menjauhi maksiat terhadap-Nya.

3 – Jika ia mengetahui Allah adalah Maha Pengampun, Maha Penyayang, Maha Kaya, Maha Mulia, senang pada taubathamba-Nya, mengampuni semua dosa dan menerima taubat orang yang bertaubat, maka hal itu akan membawanya kepada taubat dan istighfar, juga membuatnya bersangka baik kepada Rabb-nya dan tidak akan berputus asa dari rahmat-Nya.

4 – Jika ia mengetahui allah adalah yang memberi nikmat, yang meng-anugerahi, dan yang di tangan-Nya segala kebaikan, dan Dia Maha Kuasa atas segalanya, Dia yang memberi rezeki, membalas dengan kebaikan, dan memuliakan hamba-Nya yang mukmin, maka hal itu akan membawanya kepada sifat mahabbah kepada Allah dan taqarrub kepada-Nya serta mencari apa yang ada di sisi-Nya dan akan berbuat baik serta taat menurut apa yang diperintahkan.

Pengaruhnya Dalam Bermua’malah Dengan Makhluk

Jika sesorang mengetahui bahawa Allah adalah Hakim yang Maha Adil, tidak menyukai kezaliman, kecurangan, dosa, dan permusuhan; dan Dia Maha Membalas dendam terhadap orang-orang yang zalim atau orang-orang yang melampaui batas atau orang-orang yang berbuat kerosakan, maka ia pasti akan menahan diri dari kezaliman, dosa, kerosakan, dan khianat. Dan dia akan berbuat adil atau optimis sekali pun terhadap dirinya sendiri, juga akan bergaul dengan teman-temannya dengan akhlak yang baik. Dan masih banyak lagi pengaruh terpuji lainnya kesan mengetahui nama-nama Allah dan beriman kepada-Nya.

Demikianlah, Allah memperkenalkan Diri-Nya dengan nama-nama itu agar hamba-Nya mengenal-Nya dan memohon kepada-Nya sesuai dengan isi kandungannya dan juga agar sentiasa berbuat baik kepada sesama hamba-Nya yang lain. Allah s.w.t. berfirman:

وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berbuat baik. (al-Baqarah: 195)

Dan Rasulullah s.a.w. bersabda:

ارحموا من في الأرض يرحمكم من في السماء

“Sayangilah orang yang ada di bumi, maka engkau akan disayangi oleh yang ada di langit.”